Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Rabu, 15 Februari 2012

Penyakit Hati Yang Amat Bahaya


Hari ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi daripada
Sumber : PakarHowTo

Setiap hari, setiap ketika kita mesti berusaha untuk memperbaiki iman dan amal kita. Kerana itulah tujuan hidup kita atas muka bumi ini. Iaitu beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala.
Hari ni, saya nak ajak anda untuk mengetahui dan memahami 4 penyakit yang berbahaya bagi kita sebagai seorang muslim.

penyakit-penyakit hati

Apakah 4 penyakit hati yang berbahaya itu?
OK, let’s check it out….

4 Jenis Penyakit Berbahaya Bagi Diri Seorang Insan

  1. Riak : Berbangga dengan diri dengan menunjuk-nunjuk
  2. Sum’ah : Berbangga dengan diri
  3. ‘Ujub : Merasa diri lebih bagus
  4. Takabbur : Membandingkan kebaikan dengan orang Lain
Berikut ni adalah contoh situasi yang boleh menerangkan lagi bagaimana 4 penyakit serangkai ini menyerang kita.
Abu masuk ke dalam masjid. Dilihat ramai qariah di dalam masjid, lalu dia mengerjakan sembahyang tahiyyatul masjid, solat sunnat dan sebagainya dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan berbangga diri. –> (Ini dinamakan sebagai “Riak”)
Kemudian, terlintas di dalam hati Abu :
“isshh bagusnya aku sembahnya sunnat..sunnat tahiyyatul masjid, sunnat wuduk, sunnat qabliah”
Dan para jemaah masjid pun meyebut2 dan memuji2 dibelakangnya :
“Bgus betul la si abu tu..sembahyang dia….bla bla bla” (Ini disebut sebagai “suma’ah” peringkat pertama)
Abu mengangkat takbir dengan suara yang kuat dengan niat mengharapkan untuk menarik perhatian ahli jemaah yang lain. Atau membaca surah2 dengan kuat… (Ini “Suma’ah peringkat kedua)
Kemudian, syaitan menghasut lagi…. Si Abu berkata lagi di dalam hatinya :
“Apalah diorang ni, duk dalam masjid menyembang, tido… sepatutnya jadilah macam aku…solat selalu…kan bagus kalau macam aku..” (Ini dinamakan sebagai bersifat “‘Ujub”)
Kemudian, datang seorang lelaki disebelahnya mengangkat takbir…dan selesai solatnya. Maka si Abu berkata dengan hati/atau lidahnya… :
“Aik solat sekejap betul….sepatutnya buat la macam aku…solat dengan tertib dan lama…” (Ini pula dinamakan sebagai bersifat “Takabbur”)
Marilah kita audit @ koreksi @ muhasabah diri kita masing-masing. Adakah sifat2 atau penyakit2 ini dalam diri kita???
Nauzubillah…
Mintak dijauhkanlah. Aamiin… T_T


p/s: info yang sangat berguna marilah sama-sama kita muhasabah diri.....

Tiada ulasan:

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."