" Allah maha penyayang, jangan takut untuk bersalin, jangan takut untuk memiliki zuriat kerana anak adalah amanah Allah, harta dunia akhirat. Awin dah selongkar entri lama saya detik bersalinkan maisarah dulu. Kerut dahi? hihihi...mana ada sakit yang lebih sakit dari bersalin? cuba cerita sakit apa...sebab badan manusia hanya mampu menahan sakit 45 Del tetapi sakit bersalin adalah 57 Del bersamaan 20 batang tulang dipatahkan serentak. Boleh bayangkan 20 tulang patah serentak? "
***
ayat di atas aku copy daripada blog lydiamiza tetiba terasa syahdu dan menyentuh jiwa pulak bila membacanya maklumlah aku sekarang pun sedang berbadan dua....dan bila sampai masa akan melahirkan pula......walaupun bukan pertama kali merasa pengalaman bersalin tapi perasaan takut tetap ada......tiga kali melalui proses bersalin setiap kali ada kenangan dan pengalaman yang tersendiri dan berbeza...daripada anak pertama hingga ketiga pengalaman dan kesakitan berlainan.....anak pertama forcep, kedua normal dan ketiga vakum......semua ku dah rasa...dan mohon yang keempat ini Allah lebih permudahkan .....
Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mampu menanggung kesakitan itu demi untuk zuriatnya bersama insan yang dikasihi....naluri seorang ibu pasti mampu memberi kekuatan rohani dan jasmani tatkala emosi tersimpul rapi demi melahirkan anak yang dikasihi dan perasaan untuk mendakap bayinya pasti mampu memberi kekuatan yang luarbiasa walaupun kesakitan yang dialaminya menyamai 20 tulang patah serentak...dan pastinya sang suami adalah semangat seorang ibu itu melalui proses kelahiran yang amat menyakitkan......itu adalah sebahagian daripada pengorbanan seorang ibu dan isteri yang tidak semua wanita mampu lakukan.............oleh itu wahai suami dan anak2 hargailah isteri dan ibu anda.......
p/s : memang betul apabila kita mengalami kesakitan bersalin kita akan lebih menghargai ibu yang melahirkan kita....sebab setiap kali bersalin mesti aku ingat kat mak......tq mak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan