Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Khamis, 29 Disember 2011

ISU SBPA

Tak habis lagi isu SBPA nie...ada yang puas hati ramai yang tak puashati...apapun kita tengok penyelesaian terbaru antara CUAEPAC dan JPA......nie....info dapat daripada http://beritasemasa.com/sbpa-jpa-2012-cuepacs

so sama-sama kita kongsi yer.....

Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:

  • Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku
  • Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitanagn awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar Pemisah
  • Terima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011

Terma-terma SBPA JPA 2012 Yang Terbaru :

  • Markah bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta
  • JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65 
  • Pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diturunkan daripada 70 kepada 60 di mana tempohnya turut dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan
  • (Pengumuman pada 23 Disember 2011) JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan. Walaubagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Disember 2011 (lusa)

Kajian & Perbincangan Semula (SBPA JPA 2012) Antara Cuepacs VS JPA Di Masa Akan Datang?

  • Diadakan akhir Februari 2012
  •  Isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal
Yang mana masih mengharapkan penyelarasan gaji memang tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat. Manakala kes-kes gaji Premier dan JUSA memang mereka turut sama tidak mahu sama sekali dikurangkan. Hakikatnya yang perlu diketahui, siapa yang berikan cadangan dan rangka SBPA ini? Kelompok mana agaknya yang akan naik JUSA nanti? Kalau anda tahu jawapannya, anda akan tahu kenapa skim SBPA JPA 2012  jadi sebeini rupa.
Sekurang-kurangnya untuk setakat ini, ada keputusan & kepuasan melibatkan terma-terma yang dipersoalkan seperti di atas. Manakala mengenai umur pencen, yang mana rasakan mampu, teruskan sahaja kepada umur 58 atau 60. Tetapi kalau anda sendiri merasakan diri sudah tiba masa untuk merehat, jangan dipaksakan diri, kelak nanti akan menyusahkan kakitangan yang lain. Berikan peluang kepada golongan & generasi muda pula.
  • Samada nak nak pencen 56, 58 atau 60 tak salah. Tetapi kalau SSM dah letak umur pencen 58, jadi untuk kes seperti ini hanya boleh ambil pilihan 58 atau 60 sahaja. Tidak boleh diawalkan.
  • Setiap orang tahu kemampuan diri masing-masing bukan?
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju kaji semula bermula Januari 2012 berhubung tahap kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi memohon kerja sebagai penjawat awam berdasarkan kriteria sektor yang berkaitan. 
  • Kajian ini turut membabitkan permohonan menggunakan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma serta sama ada sesuai untuk dipadankan dengan jenis pekerjaan yang dipohon dalam sektor awam.
  • Kalau sebelum ini di bawah skim SBPA JPA 2012, kelulusan minimum PMR sudah memadai bagi memohon jawatan dalam sektor awam 

sumber ;http://beritasemasa.com/sbpa-jpa-2012-cuepacs

Harga Rumah 2012 Bakal Jatuh? Pasaran Hartanah Di Malaysia Dijangka Lembap

PASARAN hartanah tempatan dijangkakan menyaksikan kelembapan secara beransur-ansur tahun depan, mengambil kira ketidakpastian dalam ekonomi global.
Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia, Yeow Thit Sang, berkata unit kediaman mewah sudah pun mengalami penurunan dalam harga dan pembelian.
“Semakin kurang pegawai dagang dari syarikat multinasional (MNC) yang datang ke sini dan sewa dengan hasil antara enam hingga lapan peratus tidak lagi mampu dicapai. “Pelabur dalam unit hartanah sebegini perlu menunggu lebih lama untuk merealisasikan pelaburan mereka. Kelembapan dalam ekonomi global pastinya memberi kesan kepada pasaran hartanah mewah,” katanya kepada BERNAMA dalam satu temu bual baru-baru ini.
Yeow yang turut menjangkakan penurunan untuk ruang pejabat tahun depan, berkata kategori berkenaan sudah terlebih bina dan jumlah yang masih belum terjual sudah dirasai di pasaran dengan sewa mengalami kejatuhan dan kadar pengambilan agak perlahan.
Bagaimanapun, katanya, terdapat permintaan besar untuk kediaman kos sederhana rendah dan kos sederhana di bawah RM300,000 apabila kebanyakan pemaju membina unit mewah untuk meraih untung pada masa yang baik.
“Usaha kerajaan dalam membina hartanah sedemikian secara usaha sama dengan pemaju akan membantu mereka yang berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik. “Membina kediaman sedemikian tidak akan cukup cepat untuk melegakan permintaan yang tertahan dalam masa lima tahun lalu,” katanya


sumber : kongsiberita


Teringat kat rumahku yang telah selamat dijual oleh
kerana jauh drp tempat kerja.huhuhu.....
sayang kat umah nie...

p/s : kalau betul bolehlah survey2 rumah nie....


Isnin, 12 Disember 2011

HOT

Di sini ada beberapa beg tangan luar negara ( kulit ) untuk dijual. Sebenarnya beg-beg ini adalah milik seorang rakan yang  meminta bantuan saya untuk menjualnya kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang berpatutan....semua dalam keadaan baik dan memuaskan...dan semua handbag tersebut dibeli di luar negara oleh pemiliknya.......

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya yer...sebelum itu jom jamu mata dulu kot2 ada yang berkenan .........

HOT! HOT! HOT!

MARI...MARI.....CUCI MATA......





KOD B1


KOD B2


KOD B3


KOD B4


KOD B5


KOD B6

KOD B7

KOD B8


HARGA ANTARA RM 200 HINGGA RM 400 



Kalau berkenan sila buat tempahan @ pertanyaan di ruangan komen yer.......

Sabtu, 10 Disember 2011

Jumaat, 9 Disember 2011

Migrain Dan Penawarnya

Aduhai kepalaku ini terasa sakit dan berat...mungkin Migrainku sudah kembali lagi...maklumlah mungkin kepenatan kerana bercuti tempohari dan juga kurang tidur bebrapa hari ini kerana arisa demam dan asyik terjaga daripada tidur..........dalam pada sakit kepala ni aku sempat membelek cara @ altenatif untuk menghilangkan migrain selain menelan ubat tahan sakit....petua atau amalan ini aku dapat daripada   

@ baca di bawah ini

Dalam entri kali ni saya nak kongsi dengan anda 1 cara rawatan untuk menghilangkan migrain mengggunakan ayat-ayat Quran. Ia adalah rawatan Islam yang berkesan dan mujarab insyaAllah. Dengan syarat, anda mesti benar-benar yakin pada keberkatan ayat-ayat suci al-Quran dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih.

So, bagi yang sakit kepala (migrain), sila cuba cara rawatan ini. Amalkan ayat-ayat berikut :

Rawatan Untuk Kurangkan Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1x)
2. Baca Ayatul Kursi (3x)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3x)
4. Baca Surah Al-Falaq (1x)
5. Baca Surah An-Nas (1x)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3x)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3x)
* Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit


Sumber :  Blog Pakar How To

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."