Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Jumaat, 28 Januari 2011

24.01.2011 ....

Mesti ramai yang tertanya2 kan 24.01.2011 tarikh apa kan......yezzzzzzzzzzzzz....sebenarnya pada hari itu adalah hari ulangtahun perkahwinan aku bersama en.suami yang ke-7.....hehehheh.....dan yang istimewanya en.suami telah menghadiahkan aku sebuah handphone baru....horeyyyyy.....hadiah yang tak dijangka...........hehehhe......tu jerla yang nak aku share kat sini....banyak2 karang.......org kata menayang pulak kan......hehhhehe......


I love u sayang...............i love u Dzul Akmal.......



Doa elak malas, rasa dukacita, tertekan, dan elak kedekut


Posted By PakarHowTo On October 26, 2010 (5:13 pm) 


Anda selalu berasa malas? Anda ada masalah sering berkeluh kesah dan berasa dukacita? Anda ada sifat penakut dan kedekut? Anda mengalami tekanan hutang dan dizalimi orang lain?
Saya mencadangkan agar anda dapat hafal dan amal doa di bawah ini.
Doa nya tidak panjang mana. Semua orang boleh hafal dan amal.
Bacalah doa ini setiap kali lepas solat. InsyaAllah, semoga dengan doa yang kita baca secara istiqamah (berkekalan) akan dimakbul kan oleh Allah Ta’ala.




Berikut adalah doa elak daripada perasaan malas, rasa keluh kesah, dukaciti, sifat kedekut dan penakut dan elak alami daripada tekanan hutang.


doa-elak-malas

Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Keterangan:

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.


Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik.

Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik.

Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

InsyaAllah, sama-sama lah kita amalkan doa ini untuk mendapat kebaikan dunia akhirat.

Sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita!

Artikel kali ini khusus ditujukan kepada para suami. Saya faham betapa mencabarkan menjalankan peranan sebagai seorang suami kan?
Sabor jer lah yer sahabat-sahabat semua. ;)

Sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita!

Seorang laki telefon bini;
“Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?”
Bini jawab,
“Takmau bang, bini awak tengah diet…”
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa…
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk… Dia lari tido bilik sebelah….
Bila laki respond balik,
“Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii….”
Bini jawab,
“Memangla orang kata takmau apa-apa… Tapi belikan jerla apa-apa….Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….”
Eh, eh bini aku ni… Yang mana satu nih?, bisik hati sang laki.

Habis 1 bab.
—————————————————————–

Masuk bab 2.
Laki talipon bini,
“Petang ni awak nak masak apa Yang?”
Bini jawab,
“Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah. Senang…”
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben.
Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit.
“Jom makan!!”, jemput si bini.
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja. Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!
“Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?”, rungut sang laki.

Habis 2 bab.
—————————————————————-
Masuk bab 3.

Bini berkata,
“Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih.”
Si laki punyala seronok weeiii. Dan-dan tu bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta.
“Bila dah siap, kuar bilik. Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa. Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?”
“##@#@#$@$%#%^&^%*%&*”, sang laki merana seorang diri.

Habis 3 bab.
—————————————————————-
Masuk bab 4.

Bini berkata,
“Bang,hujung minggu ni balik kampung nak?”
“Alaa, abang keja lah yang….”, jawab si laki.
“Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang. Pastu abang balik la KL balik.”, balas sang bini.
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq. Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.
“Abang bila nak balik ambik kitorang bang?”
Sang laki,
“&%&$%^$%&%^*^#”, merana lagi.

Habis 4 bab.
—————————————————————-
Masuk bab 5.

Bini berkata,
“Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker? Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…”
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain.
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir plak..
“Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?”
Sang laki,
“#@%%#$%#%^$^*&%(*^(^*()”, terkena lagi.

Habis 5 bab.

—————————————————————
Masuk bab 6.

Isteri berkata,
“Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….”
“Nak bagi pakai baju mana ni Yang…?”, sang laki bertanya.
“Alah abangni… kan baju anak ada 8 bakul tu…pakaikan jerlah baju mana-mana pon… bukan ada org nk tengok ponnn…”
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….
“Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? Lalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…”
“%%^*(&^%&^#$@!%$@&$^%%”, sang laki hanya terkedu membisu.

Habis 6 bab.
———————————————————-
Aduhai, sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita? Kesian jadi sang laki. Otak lurus sangat. Tu la pasalnya.
Sekian, bab TAMAT.

Sumber : Artikel dihantar melalui email oleh Saudara Faizal

Khamis, 27 Januari 2011

BERSANTAI - DANGA BAY

Bersiar-siar di Danga Bay bersama anak2....menghilangkan stress ..hahahaa...........
So ..xder apa nak citer sangat.....layann jerla gambar2 nie.........heheheheh........



Macam kat pelabuhan luar negara pulak ........


Apa yang ditenung2 tu si ayah ngan si anak dara........




Siapa yang nak amik saya jadi model iklan colgate.........





Adik nie orang jalan dia tido jer.......
























Layannnnnnnnnnnnnnnnn....................



2 Kelalaian Kecil Mendidik Anak

Sikap anak2 apabila besar amat banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan cara didikan oleh ibu bapa semasa mereka kecil lagi, yang berterusan sehingga mereka besar panjang. 

Tidak dinafikan peranan pihak2 lain, seperti ustaz2 di masjid & surau, guru2 di sekolah, kawan2 di sekolah dan tempat tinggal, orang2 dewasa, kaum keluarga dan adik-beradik turut memberi pengaruh ke atas mental dan fizikal kita.

Juga peranan media cetak, elektronik dan teknologi semasa yang turut memberi impak besar kepada sikap, gaya hidup, kefahaman dan kecerdikan mental dan fizikal anak2.

Walau apapun pandangan dan pendapat kita, jika dilihat berdasarkan sabda Nabi S.A.W., ibu bapalah yang memberi kesan paling besar dan ketara dalam pendidikan anak2.

Di sini diberikan DUA saja contoh kelalaian ibu bapa mendidik anak dengan didikan agama, yang sering kita anggap perkara kecil. Walaupun ia mungkin perkara kecil, jika sudah setiap hari dididik dengan kesilapan kecil ini, yang kecil itu akan menjadi kesilapan yang besar pula.



PERTAMA:

Kita mengejutkan anak pada setiap awal pagi dengan berkata, "Bangun nak, cepat! cepat! Nak pergi sekolah dah ni!.. Nanti terlambat pulak"
Ini yang biasa kita dengar dan sebut kepada anak2 kita, agar mereka segera bangun dan bersiap2 untuk segera pula pergi ke sekolah. Salahkah cara itu? Ada betul dan ada salah!

Betulnya, kerana memang kita perlu mengejutkan mereka agar segera bangun untuk bersiap2 pergi ke sekolah. Menuntut ilmu pun merupakan kewajipan juga, dan sangat dituntut agama kita.

Salahnya, kerana sepatutnya kita mengejutkan mereka awal2 pagi untuk bangun mengerjakan solat subuh, bukannya mengejutkan mereka untuk pergi ke sekolah. Kalau kita kejutkan mereka untuk bangun solat subuh, maka amalan ini akan berterusan setiap hari sepanjang hayat kita dan hayat mereka. 

Mereka akan terbiasa dikejutkan untuk solat subuh, lepas itu barulah bersiap untuk pergi ke sekolah. 

Jika kita kejutkan mereka untuk bangun pergi ke sekolah, pada hari cuti, mereka tidak akan bangun awal pagi, kerana mereka tahu hari ini cuti sekolah. Mereka akan bangun lambat, malah sehingga matahari dah tinggi menggalah, dan akhirnya terlepas solat subuh.

Bukankah bangun mengerjakan solat subuh itu jauh lebih besar daripada bangun untuk pergi ke sekolah?

Inilah kesilapan kecil ibu bapa. jadi, mulai hari ini bangunkanlah anak kita untuk menunaikan solat subuh, selepas itu barulah bersiap untuk ke sekolah.

Biasakan diri menyebut kepada mereka mulai hari ini dan seterusnya, "Bangun, solat subuh! Lepas tu siap2 untuk pergi ke sekolah."

Kepada pelajar yang tinggal di asrama atau di rumah sewa di kolej atau universiti, ingatlah agar berniat sebelum tidur bahawa aku nak segera bangun awal2 pagi esok untuk menunaikan solat subuh, lepas itu baru bersiap untuk pergi ke 'sekolah', dan niat itu tetap dilakukan pada setiap malam, hatta pada hari2 cuti.

Ibu bapa tiada di sisi untuk mengingatkan kita. So, sendiri mau ingatlah!...



KEDUA:

Biasanya kita akan mengajar anak2 kita mengaji Al Quran di rumah sendiri atau di rumah para pengajar Al Quran, masa itu anak2 kita masih di sekolah rendah lagi. Ia akan berakhir apabila anak2 itu khatam Al Quran, dan kita meraikannya dengan membuat pulut kuning dan majlis bacaan doa khatam Al Quran.

Betulkah itu? Ada betul dan ada salahnya.

Betulnya, kita mengajar anak kita untuk mengaji sehingga khatam Al Quran, dan sekaligus pandai membaca Al Quran, walaupun masih tidak berapa fasih dan tajwid tunggang langgang.

Salahnya, kita hanya menghantar anak kita mengaji Quran sehiingga khatam itu saja. Salahnya, kerana kita beranggapan khatam Quran itu hanya sekali. Bila dah khatam, tak payah baca lagi Quran seumur hidup. Kalau anak2 nak baca Quran juga selepas itu, itu hak mereka.

Sepatutnya kita kena suruh juga anak2 itu mengaji lagi Quran walaupun dah khatam Quran sekali, masa darjah 6 dulu. Khatam Quran sekali bukan bererti tamatlah riwayat anak itu dengan Quran yang dibacanya. Membaca Quran adalah tugas sepanjang hayat, bukan terhad pada masa kecil saja.

Kebanyakan ibu bapa tidak peduli lagi sama ada anaknya pandai baca Quran atau hanya membaca 'merangkak2' dan lintang pukang, tajwid entah ke mana, fashahah entah ke mana, waqaf wasal entah apa dia, fatih munabih entah macam mana dan seterusnya.

Seeloknya, setelah anak itu habis mengaji, suruhlah pula mereka menghafaz beberapa surah tertentu, beberapa ayat lazim dan juzuk2 tertentu. Tidaklah asyik membaca surah pendek yang sama sepanjang masa semasa solat, terutamanya solat maghrib, isyak dan subuh. Suruh baca surah lain yang 'panjang sedikit', sudah menggelabah dan tak tahu!

Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat untuk kebaikan kita semua.

Ada banyak lagi kelalaian kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak2, tetapi jika yang DUA perkara ini dapat diberikan perhatian, ia sudah amat baik untuk kita.

Jangan sampai nanti Anakku Sazali mencerca bapanya sendiri kerana tersalah memberi didikan padanya semasa dia masih kecil dahulu.

 Kapten AwesOme   

Jumaat, 21 Januari 2011

ARISA SOFEA

Semalam, 20.01.2011 genap usia Arisa ( tapi kami panggil Aisa cuma tambah y kat tgh2 tu jadi aisya ) 15 bulan...tapi yang membimbangkan aku  ialah walaupu dah 15 bulan tapi aisya masih belum berjalan lagi....setakat berdiri dan memegang kerusi sambil berjalan tu bolehlah......dia merangkak pun masa dia umur 8 bulan....memang lambat.....masa abang dia lambat gak berjalan 14 bulan , akak dia cepat sikit jer 13 bulan start berjalan...aisya nie bila lah agaknya.......x sabar  rasanya nak memakaikan aisya dengan kasut comel.......

Hari nie...aku surf internet mencari maklumat dan berkongsi masalah mengenai  "ANAK LAMBAT BERJALAN".. ....maklumbalas yang aku terima amat positif...........ramai gak rupanya anak2 orang lain yang lambat berjalan...............maka kuranglah sedikit kebimbangan aku mengenai aisya................



Antara yang aku dapat kongsi ialah :

1.

Daripada: diakidei <diakidei@...>

Subjek: [ibu] Re: Anak lambat berjalan

Kepada: ibu@yahoogroups.com
Tarikh: Rabu, 15 Oktober, 2008, 11:08 AM


salam pembaca ibu,


saja nak kongsi pengetahuan. kalu anak anda lambat berjalan jagan

risau coz sebenarnya kalu stage merangkak lebih lama maknanya
perkembangan kemahiran motor dan pemikiran tuk anak anda semakin
bagus. sebenarnya banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat
berjalan. antara kelebihannya ialah merangkak dan meniarap boleh
memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana di tulang
belakang kita terletaknya spinal cord or saraf tunjang. saraf ini
menghubungkan saraf-saraf lain ke bahagian otak. apabila anak kita
menrangkak lebih lama, bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan
bertambah baik. ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran
impuls dari bahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula.



sebelum ini saya sendiri tidak mengetahui akan hal ini tetapi bila

saya bertukar kerja ke tempat sekarang barulah saya tahu bahawa setiap
perkembangan fizikal perlulah dilalui oleh anak-anak kita tanpa
meninggalkan satu perkembangan pun. mmg org tua kita cakap berjalan
cepat tu bagus... tapi sebenarnya kalu nak anak kita pandai.. biarlah
dia merangkak selama yang boleh. kalu puan semua nak tahu, sekiranya
anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara tuk mengatasinya
ialah dengan merangkak. semoga apa yang saya sampaikan ini dapat

memberi manafaat kepad semua kaum ibu... insya allah.

2. 
plz bear in mind...progress baby tak sama...ada berjalan lambat...ada berjalan cepat...pekakkan tinger ajaaa...jgn riso...doa2 byk2 demi kebaikan anak kita...


3.
sebenarnya selagi doktor kata bayi itu normal, lagi lambat dia berjalan, adalah lebih baik.  adalah baik bagi kanak2 jika jangkamasa dia merangkak adalah panjang. lebih lama dia merangkak, oksigen yang mengalir ke otaknya lebih banyak.  dia akan lebih cerdas, dan coordination-nya akan lebih baik.



Nor'ain Mohamed Nordin

Registered Child Care Provider



N-Shiki Sdn Bhd
19, Jalan 3/4C,
Desa melawati, 
Jalan Genting Kelang,
53100 Kuala Lumpur.


03-41081498/012-3832408


----- Original Message ----
From: darin azura <darinazura@...>
To: ibu@yahoogroups.com
Sent: Friday, October 17, 2008 11:17:32 PM
Subject: Re: [ibu] Anak lambat berjalan

dah check doktor?
kalau doc cakap normal...it sould be ok..
adik2 ida sorang tuh mula berjalan masa umur di 18 bulan, yang sorang lagi 22 bulan..ida jer yang boleh dikatakan cepat 1 tahun tepat2 dah jalan...
my son 1 thn 2 nak 3 bulan..baru jalan...


So ....lepas aku baca semua itu...aku menjadi tenang semula.....dan buat aisya ibu dan ayah akan sabar menanti saat dan ketika aisya melangkah penuh berjaya........semoga cepat brjalan anakku.....

***** Org tua pesan soh heret dekat rumput yang berembun pepagi..insyaallah, cepat la dia berjalan
....nak cubalah....


Jumaat, 14 Januari 2011

SaKiT KePaLa

Aduhai...kepala aku nie sejak akhir2 ni tersangatlah sakitnya...rasa berat sangat......apakah kerana keletihan maklumlah anak-anak baru jer memulakan sesi persekolahan......x cukup rehat agaknya....pagi2 dah bangun waktu tghri dah x dapat nak tido.......hukhukhuk..........setiap malam sentiasa memikir nak buat sarapan apa...nak masakan anas bekal apa.....macam2 lagilah......stress agaknya.....migrain pun menyerang semula.....lepas nie kenalah aku makan ubat migrain balik.....Tadi pun dah telan panadol x jalan gak.......
memang conform nie malam nie aku kena gie klinik nie........


TUKAQ TAYAR

Hari sabtu lepas...anas n anis start tiusyen kat al-hidayah......daripada dok kat umah asyik tengok kartun jer baik pegi belajar apa yang patut.....hehehhee.......lagipun dorang suka sangat dapat tiusyen dengan teacher Liza.......sonok dorg kata.......hahahahah.......
Sambil menunggu dorg abis kelas aku n en.hubby pun meronda cari kedai tayar....sebabnya tayar kita aku dah masuk 3 tahun x ganti2 lagi....BAHAYA kata en.hubby....3 kedai tayar aku pegi ada satu lah yang paling murah sebiji RM130.00 siap pasang........en.hubby kata ok tukar depan jer 2 biji dulu.....hikhikhikkk 2 biji pun dah RM260.00 ..haaaaaa..apsllah mahal sangat tayar nie....tapi en.hubby kata x perla bu...demi keselamatan......





Muka adik yang dah kebosanan...............





en.ayah yang melihat sekeliling dinding yang dipenuhi dengan sport rim.....nnti ayah tukarkan sport rim ibu yang baru yer.......( bila la tu agaknya......hehehhee....)

Khamis, 13 Januari 2011

Tips Untuk Bersihkan Hati

Marilah kita  menghayati 3 tips untuk bersihkan hati seperti di bawah ini.
ubat-hati
Baca, faham, amal dan sebar-sebarkanlah.

Tips mudah untuk jadikan hati sentiasa bersih dan tetap hidup

1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.


3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor.

Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Maka, bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan bahawa kita ni adalah mukmin sejati!
ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 ;

sp32-20101005-104156

Maka di sini PakarHowTo ingin menyeru kepada semua pembaca untuk kita sama-sama memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah.
Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."