Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Jumaat, 26 Ogos 2011

Mood Nak Bercuti Raya

Pejam celik pejam celik....hari nie hari ke 26 kita berpuasa...so maknanya tinggal lagi 3 @ 4 hari sahaja lagi kita di bulan Ramadan. Terasa cepatnya berlalu....Ramadan akan meninggalkan kita . Tahun depan kita tidak tahu samada kita sempat atau tidak menyambut Ramadan lagi....ajal dan maut kita tak tahu kan tu semua kerja tuhan kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa supaya dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang....( sedey...)...mana tahukan ini Ramadan Terakhir.....Ya Allah ....minta dipanjangkan umur kerana masih belum cukup dan sempurna bekalan untuk bertemu Mu Ya Allah......

Perginya Ramadan datangnya Syawal...hari kemenangan untuk semua umat Muhammad....hari kegembiraan hari kebahagiaan.....walaupun di lewat usia ini keghairahan untuk memyambut Syawal tidak seperti di zaman kanak2 tetapi melihat anak-anak hati tetap berbunga riang......anak-anaklah penyeri aidilfitri disamping suami tercinta serta mak, abah & mak , ayah dan adik2.....cuma terasa kekurangan kerana aidilfitri ini tiada nenek ( yang kami panggil Mbah ) perginya dia telah sampai waktunya menghadap penciptanya...semoga rohmu tenang disana......

Hari nie, mood bertugas aku memang dah hilang...terbang bersama ramadan yang bakal berakhir....hati ..sabarlah tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan bercuti..hehehhe.....sabar sabar sabar....jalankan tugasmu seperti biasa......lepas nie berayalah sepuas-puasnya...untuk makluman semua saya bercuti daripada 27hb Ogos hingga 4hb September 2011 okey......

CUMA TAHUN NIE TAK DECIDE LAGI NAK BERAYA KAT MANA DULU RUMAH MAK @ RUMAH MIL....

haaaahaaa...dekat susah jauh lagi susah.....Bie...mana nak beraya dulu nie?????


Khamis, 25 Ogos 2011

Kad Ucapan ~ Selamat Hari Raya Aidil Fitri~



Berbuat khilaf adalah sifat
Meminta maaf adalah kewajipan
Dan kembalinya fitrah adalah tujuan

Ramadan mencuci hati yang berjelaga
Saat ini untuk meraih rahmat dan keampunanNya
Untuk lisan yang sikap yang tidak terpelihara
Mohon dibukakan pintu maaf seluas-luasnya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

kepada semua kenalan, sahabat handai, saudara mara dan juga sahabat-sahabat blogger


Daripada kami sekeluarga ;

Dzul Akmal & Juliyati
Anas Irfan , Anis Syafiqah , Arisa Sofea

Jadikan Anak Sebagai Winner

Sumber : Tip-Tip Untuk semua

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..
selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik -
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari -
ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang -
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jangan la buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak.Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan -
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar
lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga -
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh -
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda-
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,...pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya -
ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali-
ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nanti terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah-
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke...

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda .
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam-
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna .
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jangan jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja -
Bagaimana pun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda -
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya.

Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.


Rabu, 24 Ogos 2011

Petua Mendapatkan Anak Lelaki @ Perempuan

Disini ada sedikit info dan diharap ianya dapat menjadi panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga….Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang..

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama

1. Madu lebah (untuk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha untuk mendapatkan bayi perempuan.

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dari kiraan hari pertama datangnya haid)

Kenapa dalam waktu subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dapat diseimbangkan; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (janganlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam untuk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yang mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.



Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dari kiraan hari pertama selepas waktu subur)

Kenapa dalam waktu tidak subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yang perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dari isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sebab first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yang berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam untuk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Selamat mendapatkan baby pilihan anda!
Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…

Sumber : Tip-Tip Untuk semua

Surah Semasa Mengandung

Dari 0 hingga 3 bulan

Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak..waktu ini paling sesuai kerana fetus baru membentuk..

Dari 4 hingga 6 bulan

Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa..

Dari 7 hingga 9 bulan

Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin..

Credit : Baby Ibu

Amalan Semasa Mengandung

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Boy @ Girl ?

38 Fun Ways to Guess Your Baby's Sex

It's a boy if:


You didn't experience morning sickness in early pregnancy
Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute
You are carrying the extra weight out front
Your belly looks like a basketball
Your areolas have darkened considerably
You are carrying low
You are craving salty or sour foods
You are craving protein -- meats and cheese
Your feet are colder than they were before pregnancy
The hair on your legs has grown faster during pregnancy
Your hands are very dry
Your pillow faces north when you sleep
Dad-to-be is gaining weight, right along with you
Pregnancy has you looking better than ever
Your urine is bright yellow in color
Your nose is spreading
You hang your wedding ring over your belly and it moves in circles -
You are having headaches
You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number

It's a girl if:

You had morning sickness early in pregnancy
Your baby's heart rate is at least 140 beats per minute
You are carrying the weight in your hips and rear
Your left breast is larger than your right breast
Your hair develops red highlights
You are carrying high
Your belly looks like a watermelon
You are craving sweets
You are craving fruit
You crave orange juice
You don't look quite as good as normal during pregnancy
You are moodier than usual during pregnancy
Your face breaks out more than usual
You refuse to eat the heel of a loaf of bread
Your breasts have really blossomed!
Your pillow faces south when you sleep
Your urine is a dull yellow color
You hang your wedding ring over your belly and it moves from side to side
You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an odd number

Source:iVillage

Jumaat, 19 Ogos 2011

Benjy

Pelakon Benjy bersalah miliki syabu didenda RM5,000


18 Ogos – Pelakon juga anak lelaki kepada dramatis terkenal Azean Irdawaty, Khaeryll Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy kini mampu menarik nafas lega kerana hanya didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram di kediamannya pada Mac tahun lalu.
Menurut laporan akhbar tempatan, Majistret Hafizza Sauni menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Benjy, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes prima-facie terhadap tertuduh.
Benjy didapati bersalah atas tuduhan memiliki 0.24 gram dadah jenis syabu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta, Jalam 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada jam 4 petang, 11 Mac tahun lalu.
Pertuduhan terhadap Benjy dikemukakan mengikut Seksyen 12 (12) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun.
Terdahulu peguam bela Benjy, Amer Hamzah Arshad, merayu agar hukuman diringankan ke atas anak guamnya itu dengan mengambil kira faktor tertuduh tidak pernah memiliki sebarang kesalahan jenayah sebelum ini selain daripada faktor kesihatan tertuduh.
Walaubagaimanapun pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim pula tegas menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh Benjy adalah satu kesalahan besar kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.
Justeru, hukuman berat wajar dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran juga amaran keras kepada tertuduh dan masyarakat khususnya apatah lagi kes artis lelaki ini mendapat liputan meluas pihak media.
Benjy ketika ditemui pihak wartawan selepas membayar denda turut menarik lafaz lega kerana kes yang menimpanya sudah berakhir.
"Alhamdulillah, semua kini sudah berakhir. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan," ujar Benjy yang dijadualkan menjalani pembedahan kerana masalah resdung di Hospital Putrajaya hari ini.


By Rasshylah Rashid

Selasa, 16 Ogos 2011

~ tentang wanita ~


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”,
mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan
dan hawa nafsunya sendiri,
seperti yang kita lihat dialog dibawah,
bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.
Dengan kata lain yang agak kasar,
Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluh...an remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini.
Apasal laki-laki mudah saja.
Tak pakai baju pun takpe.
Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar
kena minta izin dari suami kita,
padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun
tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita.
Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit
berbanding harta yang anak lelaki dapat.
Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung
dan rasa sakitnya nak melahirkan anak.
Suami kita rileks saja?
Masa buat anak carilah kita,
masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami,
tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya?
Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak.
Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya?
Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki,
sebab bila kita ada haid dan nifas,
takleh nak solat dan puasa.
Ingat perempuan ni suka ke
tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi
yang membela kaum wanita,
dan menuntut hak samarata antara gender,
mengekploitasi fahaman wanita
yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.
Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz
namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.
Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w
dan petikan dari ayat Al-Quran,
namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada,
diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.
Awak ada emas dan permata,
adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang
atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang,
agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?
Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!
Awak tak mungkin akan terangsang nafsu
tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya,
tapi tok imam pun akan tercabut serbannya
jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa?
Suami perlu wajib taat juga
kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,
walaupun dia sudah berkeluarga.
Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.
Kenapa awak perlu taat pada suami?
Kerana suami kalianlah
yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka
lagi sedikit daripada lelaki?
Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu
dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke,
dia perlu membahagikan harta pusaka itu
kepada isteri dan anak-anaknya.
Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai,
harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan.
Setiap kali awak begitu,
wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!
Beruntungnya awak!
Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.
Ya, syurga menanti awak
malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!
Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini
akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita.
Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya,
anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!
Siapa mereka?
Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang
malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki?
Ingat mudah ke nak dapat syurga?
Sedarlah, awak sebagai wanita
boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.
Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.
Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan,
menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi?
Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah.
Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,
dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,
maka awak akan turut menerima pahala
setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu,
wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis
dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita,
namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka
yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu
dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya,
sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara
dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

 Allah, yang menciptakan kita,
maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia,
sehingga segala hukumNya malah peraturanNya,
tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

 Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan,
pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan
agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut)
terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah.
Tunaikan dan menegakkan agamamu,
nescaya syurga menanti...

Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya
Dia tersenyum saat tertekan
Tertawa di saat hati sedang menangis
Memberkati di saat terhina..
Dan mempesona kerana memaafkan
Wanita cantik, mengasihi tanpa marah
Dan bertambah kuat dalam doa
dan pengharapan SubhanAllah....
Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok...
Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu
Berikan daku kesempatan menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu
Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.."
"Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"

Isnin, 15 Ogos 2011

Yey..yey..bonus dah masuk....

Pepagi sampai jer opis tak sabar2 rasanya nak mengechek akaun.....hehheh...bukannya apa nak tengok bonus dah masuk ke belum.......hehehe....

horey...horey....bonus dah masuk hari nie...bolehlah pegi shopping raya untuk anak2 plus ibu nye lah...hehheh.....

Apa pun belanja mesti berhemah..jangan membazir...itu amalan syaitan.......

Hanya sekadar gambar hiasan...ngeh3...

Panggilan Penipu (Mesti Baca )

Ingin berkongsi mengenai satu artikel di blog pakarhowto mengenai panggilan palsu @ panggilan daripada penipu yang ingin menipu untuk mendapatkan wang cara mudah....untuk selanjutnya bacalah kisah di bawah;


Assalamualaikum & salam sejahtera…

Perhatian kepada rakan-rakan, baru sebentar tadi saya dihubungi oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai STEVEN CHONG dari AEON Credit Service Center KL no telefon 03-20267949.
Lelaki ini menyatakan bahawa saya mempunyai tunggakan kad kredit AEON MASTER GOLD CARD bernombor 5460 7500 4870 1840 sebanyak RM9760.00yang melakukan transaksi di Sentosa Casion S’pore pada 22/6/2011.


Saya mengatakan bahawa saya tidak mempunyai kad kredit seperti yang dinyatakan & menyatakan mungkin maklumat saya sudah dicuri. Dia meminta saya menghubungi Bank Negara Unit Pengurusan Kad Palsu di no talian 03-27727300.
Saya menghubungi no tersebut dan disambut oleh seorang lelaki berbangsa Cina juga. Dia meminta nama penuh, no kad pengenalan dan no ctc saya. Saya TIDAK memberikan maklumat tersebut kerana mengesyaki ada unsur penipuan.

Saya memutuskan panggilan dan membuat semakan di laman web Bank Negara di ;
dan saya menemui artikel/ surat siaran seperti dilampirkan di bawah.
Saya menghubungi talian 1-300-88-5465 dan bercakap dengan seorang kakitangan Bank Negara. Beliau memberitahu saya bahawa panggilan tersebut adalah panggilan FRAUD (PALSU). Saya bertanyakan kepada beliau bahawa perlukah saya membuat report polis.
Beliau berkata jika saya sudah memberikan maklumat atau melakukan transaksi bolehlah membuat repot polis. Sekiranya belum berlaku, beliau menyuruh saya mengabaikan panggilan tersebut dan meminta saya memaklumkan kepada semua orang yang saya kenali mengenai perkara ini.
Menurut beliau lagi sebelum saya telefon, ada seorang yang melalui perkara yang sama dengan saya sudah membuat transaksi sebanyak RM100,000.00. Syukur alhamdulillah Allah SWT melindungi saya. Saya juga mendoakan anda juga akan dilindungi dari sebarang anasir & perkara2 yang tidak baik. InsyaAllah.
Saya menyeru anda semua agar memanjangkan artikel ini agar kita tidak sewenang-wenangnya ditipu oleh petualang ini.

BERHATI-HATILAH. Penyangak ini tidak pernah memilih siapa mangsanya………


PERINGATAN DARIPADA BANK NEGARA
Embargo: Untuk Siaran Segera
Berhati-hati dengan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit
Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.
Hakikatnya ialah:
  • Tiada jabatan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 03-2772-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
Orang ramai yang mempunyai akaun bank adalah dinasihati supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga. Pihak bank TIDAK PERNAHmeminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon.
Berdasarkan aduan terkini yang diterima oleh Bank Negara Malaysia, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon oleh penipu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.
Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi terkini kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:
1. Mangsa menerima panggilan telefon dari sebuah ‘bank perdagangan’ meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan dari luar negeri sebagai contoh, dari Shanghai yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
2. Apabila mangsa memberitahu penipu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, penipu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia. Penipu itu akan memberikan nombor telefon “Unit Kad Kredit Palsu” kepada mangsa.
3. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa. Penipu itu kemudiannya, akan mengarahkan mangsa supaya memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan untuk memastikan wang mangsa dilindungi.
4. Dalam kes lain, penipu akan meminta maklumat perbankan dan akaun kad kredit mangsa untuk membuat pindahan dana secara haram.

Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai boleh melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi atau melawat:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515

Untuk menghantar pertanyaan melalui perkhidmatan SMS, sila taip:
BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888*
(*Penghantar akan dikenakan caj oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebanyak RM01.5 bagi setiap mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej)

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
Atau Cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia Cawangan Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching

ABMConnect (Talian Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia)
Tel: 1-300-88-9980



Bank Negara Malaysia
22 April 2010

Rabu, 10 Ogos 2011

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

Sepatutnya nie N3 semalam ( 09 Ogos 2011 ) sebab semalamlah besday hubby..tapi line tidak mengizinkan terlalu lembab....kat opis sama kat umah pun sama....oohhhhhhhh......tapi xperlah janji aku dapat update hari nie....syukur alhamdulillah.....


Pertama sekali ibu nak ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR BUAT INSAN TERSAYANG LAGI TERCINTA" Siapa lagi kalau bukan suamiku ........semoga panjang umur, dilimpahi rezeki yang diberkati, bertambah kasih sayang kita, semoga bahagia bersama keluarga kita....dijauhi daripada bala bencana..

Hotel Thistle, JB



I LOVE U SO MUCH SAYANG.....


Isnin, 8 Ogos 2011

MENU SAHUR 8 RAMADAN


NASI GORENG KAMPUNG TELUR MATA




AYAM GORENG + NUGGET + DOUBLE GCB
DARIPADA McD





AIR KOPI O


Imbas Kembali kenangan Ramadan 2010

Salam sejahtera dan selamat berpuasa.....diam x diam dah masuk hari ke 8 kita di bulan Ramadan dan bermakna dah 8 hari kita menjalani ibadah puasa dan rasanya masih belum terlambat lagi kalau aku ingin mengucapkan selamat berpuasa..hehehhe.....( orang lain lama dah ucap aku baru nak ucap..x perlah kan.....puasa kan sebulan .....hehheheheh )......

Tibanya bulan Ramadan juga bermakna genaplah setahun berlalu Anas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri dan macam-macam lagi kisah yang benar2 menguji iman dan kesabaran kami sebagai ibubapa..DISINI
Rasanya x sanggup menghadapi bila anak-anak diuji dengan penyakit yang tidak kurang bahayanya....Alhamdulillah segala-galanya dihadapi dengan penuh kesabaran di samping doa yang tidak putus-putus bukan sahaja daripada kami berdua malahan sahabat2 juga mendoakan kesihatan anak kami....Ujian ini cukup membuatkan kami begitu sedih..sedih, sebak, takut dan pelbagai lagi perasaan yang tidak dapat digambarkan.....berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul....terima kasih kepada mak yang berkorban masa dan tenaga menjaga anis dan arisa ketika aku dan suami berada di hospital menjaga anas....bayangkanlah ketika umat islam sedang bergembira berbuka puasa di rumah tapi kami berada di hospital......terima kasih kepada kak nor sekeluarga yang bersusah payah membawa juadah berbuka puasa untuk berbuka bersama-sama dihospital..untuk pengetahuan kak nor adalah sepupu aku yg paling rapat dan ibu susuan anas.....

Sesungguhnya ini 2010 adalah dugaan Ramadan yang paling dugaan yang paling berat pernah aku alami dan semoga Ramadan 2011 membawa sinar keceriaan dan kebahagiaan kepada kami sekeluarga...

Aku amat meyayangi kamu semua, abang kaulah suamiku hingga ke syurga dan Anas, Anis, Arisa kamulah harta ibu dan ayah yang paling bernilai lebih daripada segala-galanya....Ya Allah kau lindungilah suami dan anak-anakku, kau jauhkanlah mereka daripada segala bencana kerana merekalah nayawaku....

Kenangan DISINI memang takkan kami lupakan .......................


Selasa, 2 Ogos 2011

WAJAH BARU


Cantik tak header kedai saya...hehhhe..akhirnya impian untuk mempunyai header yang sweet tercapai....kalau tidak kerana sahabat blogger saya yang bernama Zai yang baik hati merekabentuk header untuk saya.....impian saya x mungkin menjadi kenyataan......terima kasih banyak2 buat Zai yang sudi memerah tenaga dan idea untuk merealisasikan impian saya.......

So saya di sini ingin mewar2kan bahawa saya adalah agen dropship bagi pakaian ibu2 mengandung......so sesiapa yang sedi dan berminat untuk melihat2 dan seterusnya membeli pakaian2 yang ada di gedung saya...heeheh...gedung..???? bolehlah......

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJAMU MATA...

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."