Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Sabtu, 31 Mac 2012

Pekeliling SSM yang baru


Bukak2 FB jer pagi nie terus nampak nie....wah apalagi......yeay..yeay..comfirm bulan depan dapat gaji baru...alhamdulillah.............................









Untuk jadual gaji lak....apasal P1, P2, P3 sama jer kenaikan tahunan ....mcm tak adil jer bg yg dah P2 dan P3.....penat2 amik PTK tapi.....






Untuk makluman lanjut bolehlah ke SINI

p/s: bersyukur dengan apa yang ada............

Khamis, 29 Mac 2012

"EARTH HOUR"


Sejarah ‘Earth Hour’

Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negaramatikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.









Untuk makluman Earth Hour akan diadakan seperti berikut :


Tarikh Langsung : 31 Mac 2012
Hari Langsung : Sabtu
Masa Lansung : 8.30 mlm - 9.30 mlm


Untuk makluman dan maklumat Earth Hour boleh diperolehi di ;




p/s : marilah kita sama-sama menjayakan program ini.....


Isnin, 26 Mac 2012

Gaji oh Gaji......Gaji Baru.......


Salam....salam....dan salam......
Lama sudah blog aku nie tak berupdate..........update ke x update ker......aku rasa ada ke orang kesah haaaa.....hihihi....yelah maklumlah blog aku nie bukannya ramai peminat atau ramai follower macam blog-blog lain tu yang trafik mencanak-canak naik.......takpelah sekurang-kurang aku masih ada kawan2 sorang dua yang masih setia mengikuti bloh aku nie kan......terima kasihlah sesangat..... i love u.........

Apa pun sekarang nie penjawat awam semuanya mesti tengah tertunggu-tunggu kan pekeliling gaji baru SSM.......( termasuklah aku..hehehhhe.....) manalah agaknya kan x kuar-kuar lagi ...jangan sampai jadi macam SBPA tanguh...tanguh...akhirnya batal terus......apapun tak dapat......huahuahau................

So, dalam masa nie sebenarnya aku dok la mencari kat google pasal gaji baru nie......semuanya hampa......tapi aku terjumpa kat blog satu nie....wow...siap boleh kira automatik lagi gaji baru kita.........



Mohon share ye tuan punye blog....hihihi.....



( Ayat kat bawah nie aku copy bulat2 dari blog tu...sebab aku tak tau nak ubah ayat camna..nanti lagi korang tak faham....kalau susah2 sangat jemputlah ke blog tu terus yer..........)


Seperti kata tuan punyer blog
The Plain Yard


"Kalau tak paham jugak, macam ni.. Kalau korang gred 17 macam aku, korang tak perlu tukar yang dalam kotak kuning tu sebab memang kenaikan bagi gred 17 ialah RM49.91 (SSM lama) dan RM95 (SSM baru). So just tukar dalam ruangan merah je.. Perlu diingatkan bahawa kenaikan 13% dan kenaikan RM95 tu adalah dua benda yang berbeza.. 13% tu adalah kenaikan gaji yang diberikan kerajaan kepada kakitangan pada tahun 2012 ni, kira macam kenaikan bonus letewww, tapi kenaikan RM95 tu pulak ialah kenaikan setiap tahun yang menggantikan kenaikan RM49.91.. Comprende?

Tapi kalau korang gred lain, contohnya gred 44 ataupun 52, dah tentu la kenaikan tahunan korang pun lain kan.. So korang kena la tukar kat dalam kotak kuning tu.. Kotak merah pun kena tukar sekali.. Berapa kenaikan gaji korang? Mane la aku tau! Haha!!

So lepas masukkan maklumat tu, Excel akan otomatik kira sendiri gaji korang untuk tahun ni sehingga tahun 2016.. Cukup la tu kot, sehingga PRU yg akan datang.. Sebab mungkin masa tu akan ada pergerakan gaji lagi.. Huhu.. Kena la pandai pancing kannnn..

Peringatan : Ini hanyalah ramalan kenaikan je k.. Jgn ade yg ambik benda ni sebagai sesuatu yang sahih lak.. Kita tunggu je Pekeliling keluar nanti.. :)


Ok la, korang leh download file Excel tu kat :
SINI - Mediafire

Mintak jasa baik korang utk download yg Mediafire ni dulu k.. Kalau takleh, baru download yang Google.. Tq.

SINI - Google
 


Read more: http://theplainyard.blogspot.com/2012/03/plain-nice-jadual-pengiraan-gaji-ssm.html#ixzz1qC73p9XZ



 
P/s: terima kasih The Plain Yard .......memang terbaeekkkkk............

Khamis, 8 Mac 2012

Terkini :SBPA dibatalkan kembali kepada SSM - PM




PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa.

Antara intisari ucapannya:

Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun




P/S: yang ditunggu2 dah tiba.....kenaikan gaji 13%....so macamna puashati atau tidak................



Rabu, 7 Mac 2012

Hantaran


Selesai sudah majlis di Kedah.......kini majlis di Johor pula akan menyusul ..banyak sebenarnya yang nak di update di blog ini..tapi masa tidak mengizinkan............penat balik dari Kedah belum hilang.....terus naik keje.....minggu nie pulak majlis di sini...fuhhh...memang letih.......beginilah kalau dapat orang jauh ...hihihi.....tapi kan jodoh pertemuan di tangan tuhan walau jauh manapun kalau dah jodoh pasti bertemu ......................

Banyak kenangan manis katika berada di sana...tapi yang pahit juga ada......hhuhu.....rantai beserta loket emas kesayanganku , hadiah di hari perkahwinan aku daripada emak tersayang telah hilang ..........aku pun tak perasan hilang dimana...aku perasan bila bersiap hendak ke masjid untuk pernikahan adik...............sedih memang sedih...teramat amat.....tapi apa kan daya bukan rezeki aku.......aku redha dan aku pasti sesungguhnya ada hikmah disebalik kehilangannya......sesungguhnya Allah maha mengetahui dan dia maha memberi.....................

Ok, kita tinggalkan cerita duka ..........di kesempatan ini aku cuma nak menayang....( boleh gitu....) barang hantaran hasil daripada tanganku......boleh lah.......hihihi................jom tengok2.....














tu dia...antara barang hantaran yang dibawa ke Kedah.............tapi yang nie tak lengkap sebenarnya...ada yang masih belum ada isi...hihihi....................ni semua buat sendiri tau......lepas ni kalau ada sesiapa yang nak tempah bolehlah calling2 me k.......hihihi ...macamlah pandai sangat.........hahahahhaa.................

K. la ada masa nanti aku update lagi.................ni pun ada masa sikit nie curi2 la update...............ada lagi sebenarnya barang hantaran yang belum diupload ....ada masa aku upload yer...............mengejar masa ni .................

K...jumpa lagi............terima kasih yer kepada kawan2 yang sudi singgah dan memfolow blog aku nie............friend forever k.............


p/s: keletihan yang teramat...............mengantuk pun yer juga.............





Selasa, 6 Mac 2012

Perhimpunan Khas Penjawat Awam











Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa    : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."