Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Rabu, 29 Disember 2010

Panduan Membeli Keperluan Bayi

Posted By surihati_ku On December 28, 2010 (9:31 am) 





Salam untuk semua..
 Apakah senarainya dan berapakah kuantiti yang harus anda sedikan untuk si manja jom kita semak bersama-sama ya :)

Bagi Pakaian Bayi
  • Sarung tangan 6
  • Sarung kaki 6
  • Topi 2
  • Baju baju lengan panjang 6
  • Baju lengan pendek 6
  • Seluar panjang 6
  • Seluar pendek 6
  • Barut bayi 6
how-to-draw-a-baby-boy-tutorial-drawing

Lampin Bayi
  • Lampin pakai buang/lampin moden 10 atau secekupnya
  • Napkin 10 atau secukupnya
  • Tisu Basah 2 paket
  • Krim ruam lampin 1
Penjagaan Bayi
  • Tuala mandi 2
  • Tuala muka 4
  • Sabun bayi 1
  • Syampu bayi 1
  • Besen mandi 1
  • Losyen bayi 1
  • Bedak bayi 1
  • Minyak bayi 1
  • Sikat bayi 1
  • Pemotong kuku 1
  • Putik kapas secekupnya
  • Bebola kapas secekupnya
1288764628_470x353_funny-cartoon-baby

Kelengkapan Tidur Bayi
  • Kelambu bayi 1
  • Bantal kepala 1
  • Bantal Peluk 2
  • Tilam 1
  • Selimut 1

Alahai..teringat masa  dalam perut mak dulu. Agaknya beginilah cara ibu bapa kita menyambut kelahiran kita dengan sedaya yang boleh.. ;)

Layang-Layang

Waktu petang di kampung memang menyeronokkan....terutama bagi anak2......seronok betul dorg main layang-layang......kelakar pun ada tgk gelagat masing2.....hehehe....










Khamis, 23 Disember 2010

MOOD HAPPY

AKU TERAMAT HAPPY KERANA  AKU DAH DAPAT KEAHLIAN GLITERATI....DARIPADA NUFFNANG
BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT.......................
THANK YOU...

Rabu, 22 Disember 2010

Kelas Menjahit


wahhhh...mcm berkobar jer kan nak belajar menjahit kanzzzzzzzzzz....hehehe....aku ngan 2 lagi kwn2 sengalku begitu beria2 utk mencari tempat untuk belajar menjahit....huuuuu...of couse laaa...mula2 ktaorg serv kt tenet.....hahaha...mcm2 ada...heheee...akhirnya kata sepakat pun diambil dan tepat kul 1.15 tghri tadi kami telah pun menjumpai tempat utk mencapai impian kami..yeyeyeee.......tq kpd Kak Maz di Maz Idaman kerana sudi menerima kami sebagai student...hehhehee........



Inilah kawan2 sengalku.....

Ada rezeki tie..ktaorg belajar :

Baju kurung Johor
Baju kurung pesak gantung
Baju kurung kun
Baju kurung Pahang ( my faberet...)
Kain lipat batik / selisih belah
Kain susun tepi

SeMoGa BeRjAyA.......

Selasa, 21 Disember 2010

Panduan Penting Keselamatan Si Manja


Posted By surihati_ku On December 20, 2010 (11:15 pm) In Panduan
Kongsi artikel ni di FB

Salam kepada semua sahabat  blog pakarhowto.com :)
Berharap agar semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Harini entri terlajak telah tiba huhu.. tidak sempat Suri nak posting seperti hari yang ditetapkan ia membuatkan Suri publishkan entri ini pada waktu malam pula..
Lalala..terpanggil untuk menjawab satu soalan dari seorang sahabat facebook tentang apakah panduan yang selamat untuk anak tersayang. Maka Suri pun menjawab usulan tersebut dalam blog ini. Harap-harap sedikit pengalaman Suri menidurkan si manja akan membantu kalian menidurkan anak dengan lebih selamat lagi.

baby-hugs-bear

Tika terlihat dari jauh si manja seakan tidak berdaya untuk bergerak kesana kemari. Tapi tahukah anda semua sungguhpun si manja anda sebegitu jangan sesekali di duga bahawa perkara yang tidak diingini akan berlaku diluar jangkaan kita. Tahukah kawan-kawan anak-anak ataupun si maja anda sekarang sedang rancak untuk meneroka alam disekelilingnya yang dirasakan begitu menarik minatnya sekali untuk mencuba pelbagai perkara baru, yang dirasakan bagi  mereka semua itu tidak akan membahayakan diri mereka sama sekali.
Berikut suri sisipkan beberapa langkah bagi membantu kawan-kawan menyediakan persekitaran yang selamat buat si manja anda.
  • Jangan merokok di dalam kamar bayi anda. Kerana kandungan asap rokok yang terkandung didalamnya mengundang kemudaratan pada anak anda kelak. Malahan di kuhatiri anak anda akan mengalami sesak nafas akibat bau rokok yang kurang menyenangkan sistem pernafasanya kelak.
  • Biasakan bayi anda tidur dalam keadaan yang menelentang. Cuba elakkan dia dari tidur meniarap atau mengiring. Sekiranya bayi, anda tidur dalam keadaan sedemikian maka anda sebagai ibu bapa haruslah sentiasa berwaspada setiap posisi tidurnya supaya si manja anda tidak akan mengalami masalah kesukaran bernafas ketika tidur.
toddler

  • Jangan biarkan si maja anda tidur dalam keadaan yang terlalu panas. Tidurkan ia  dengan pakaian yang lembut dan mudah diserap peluh.  Biarkan kepalanya tanpa bertopi dan elakkan dia menggunakan bantal ketika tidur. Ini di khuatiri bagi bayi yang sedang belajar merangkak, akan menyembamkan mukanya ke bantal ketika tidur.
  • Jangan sesekali menidurkna bayi anda di atas sofa atau kerusi malas. Di takuti bayi anda akan jatuh, mengelongsor dari tempat tersebut.
  • Tempat yang selamat untuk si manja yang yang berusia dari 1 hingga ke 6 bulan adalah di dalam katilnya sendiri. Lebih-lebih lagi suasana akan lebih selamat sekiranya ibu bapa juga turut  berada di sisi si manja. Sebab waktu ini dia sedang rancak untuk membuat pelbagai eksperimen tentang dirinya sendiri.
  • Jauhkan alat permainan si manja ditempat peraduannya. Di takuti ia akan mengganggu tidur si manja, tercucuk pada mukanya, termakan masa tidurnya (disangka botol susunya/makanan). Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Jadi silalah elak sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Nota kaki:
Kajian menunjukkan hampir 60% kes kematian mengejutkan bayi boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mempunyai maklumat dan ilmu mengenai keselamatan bayi.
Jangan lupa dodoikan simanja  dengan aluna zikir nama-nama Allah. Insyallah dia akan menjadi seorang anak yang pelembut soleh dan soleha :)


KHASIAT TAUGEE

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogensintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakansayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Tips Kesihatan Dan Kecantikan Wanita 30an

Diambil daripada : surihati_ku



Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah, kebanyakan wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk ” merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.
Semuga sedikit tips yang Suri kongsikan bersama anda disini diharap ia dapatlah membantu kita sebagai wanita terutamanya yang berusia 30an “me’maintain’kan” kesihatan dan keterampilan diri agar tetap yakin dalam setiap langkah sepanjang hari anda.
Kawallah pemakanan proses penuaan agar dapat dilambatkan, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jika boleh perbanyakkanlah makanan yang berserat tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan hindarilah juga dari makanan yang berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah yea..
Apabila umur anda telah menjangkau 30an ketahuilah bahawa anda digalakkan menggunakan pelembap yang sesuai dengan umur anda. Ini adalah untuk keanjalan dan kelembapan kulit anda yang semakin berkurangan. Disini Suri sarankan agar anda mencarilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda. Hati anda berhati-hatilah dalam memilih produk kecantukan diluar sana. Jangan mudah tertipu..
Cuba elakkan raut muka anda dari terus terkena pancaran matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana pendedahan kulit muka yang terdedah lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
Sentiasa bersenam setiap hari kerana ia mampu meningkatkan tahap keupayaan dan kesihatan anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun dari tidur. Dan jika anda berkesempatan, lakukanlah senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahukah anda dengan bersenam mengikut jadual yang tetap ia akan membuatkan badan dan minda anda lebih cerdas. Bahkan tidur anda juga lebih lena.
Digalakkan minum banyak air kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan kekeringan kulit pada wajah dan tubuh badan anda. Tahukah anda bahawa jika tubuh badan kita kekurangan air ia boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain dari itu, air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
Makanan tambahan seperti pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30an. Kebanyakan wanita kesibukan tugas ditempat kerja, rumah menyebabkan sebilagan wanita dimalaysia ini jarang mengambil atau mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jadi untuk menyelesaikan masalah anda Suri cadagankan pengambilan vitamin yang boleh membantu anda lebih cerdas dan sihat sentiasa.
Elakkan pemakaian mekap yang tebal kerana wanita yang berusia lingkungan 30an seelok-eloknya anda gunakanlah mekap yang tatariasnya tampak nipis dan sederhana sahaja. Di sini Suri sarankan agar anda cubalah mengelakkan diri dari memakai foundation yang agak terlalu tebal serta lipstik yang menyala kerana ia akan menampakkan wajah anda akan kelihatan lebih tua dan garang!
Janganlah lupa untuk menunaikan solat lima waktu juga kerana setiap gerak solat tersebut boleh membantu tahap kesihatan anda lebih optimum lagi. Bahkan dengan mendekatkan diri juga jiwa anda akan merasan tenang sekali gus akan menghilangkan stress pada diri…
Keterampilan yang positif dan ceria haruslah diamalkan selalu kerana ia akan mencerminkan aura dalam diri yang sentiasa tenang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Katahuilah bahawa dengan pemikaran yang sihat akan membantu anda membina keyakinan diri yang baik. Disamping penjagaan anda kepada yang tersayang juga akan terjamin. Ingatlah bawa sentuhan anda amat bernilai dalam sesebuah rumahtangga. Tanpa anda berkemungkinan perjalanan kehidupan akan terganggu..

SAYANGILAH DIRI DAN KELUARGA ;)


Doa Pelembut Hati Anak





يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Maksud ayat:-
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Bacaan dalam huruf rumi:-
1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la'a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)


Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.


إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".
Bacaan dalam huruf rumi:-
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)


Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Makan untuk kesihatan : Kanak-kanak 1 - 6 tahun


Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
1. Piramid Makanan
  • Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
  • Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
  • Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.
b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.
c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.
d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun
Kumpulan Makanan
Pilihan Satu Sukatan
Bilangan Sukatan Sehari
1 – 3 tahun
4 – 6 tahun
Nasi dan gantiannya
½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
6
8
Susu
1 gelas
2 – 3
3
Ikan dan gantiannya
½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur
2
2
Sayur-sayuran
2 sudu makan
2
2
Buah-buahan
1 potong atau satu biji
1
1

2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung.
3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun
Sarapan pagi
· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak
Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup
Minum malam
· 1 gelas susu
4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun
Sarapan pagi
· 1 cawan mihun goreng
· 1 gelas minuman bersusu
Minum pagi
· 3 keping biskut
· 1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· 1 cawan nasi
· 1 ketul ayam masak merah
· 2 sudu makan sayur
· 1 potong buah-buahan
· Air masak
Minum petang
· 2 keping kuih
· 1 gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 cawan bubur nasi campur ikan
· Air masak
Minum malam
· 1 gelas susu



di petik dari : http://www.anakku.net.my/

Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..

Tarik minat anak anda terhadap makanan
  • Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
  • Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
  • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan

Sediakan makanan yang menarik
  • Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
  • Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
  • Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
  • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas

Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
  • Elakkan memarahi anak anda semasa makan
  • Jangan ugut anak anda untuk makan
  • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
  • Galakkan anak anda makan sendiri
  • Makanlah bersama-sama
Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.
Beri makanan ringan yang berkhasiat
Makanan ringan yang digalakkan : Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor
Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap
Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.
Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnyaSekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan.
Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik
Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.
Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran
Petua
  1. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
  2. Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
  3. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
  4. Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa
  5. Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.


di petik dari : http://www.anakku.net.my/


Isnin, 20 Disember 2010

Rahsia Pemakanan Para Ilmuan

Petikan daripada : Kapt (Ust) Hapidi bin Hussin



Berbicara kita pada hari ini tentang perihal pemakanan yang baik untuk kesihatan badan. Baik jasmani sihat rohani. itulah yang kita berkehendak dalam kehidupan seharian kerana kelangsungan hidup kita bergantung kepada lahiriyah juga kepada ruhiyah. Untuk mendapatkan ibadat yang mantap maka sudah pasti diperlukan elemen-elemen yang menyokong kepada kekuatan diri dan kecergasan minda untuk menggerakkan seluruh apa yang kita miliki hanya kepadaNya Azza wa Jalla.

Beberapa jenis makanan/minuman yang boleh diamalkan untuk kebaikan diri serta keluarga ialah:

Hunny Madu
1. Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

Golden Raisins
 2. Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.


Susu segar
3. Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

Telur
4. Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

ginger spice
5. Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

Pomegranate AKA Buah Delima
6. Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Siapa yang amalkan akan mendapati kesannya amat baik sekali. Justeru, di samping kita dikelilingi oleh pelbagai jenis makanan janganlah pula kita alpa tentang pemakanan yang sihat demi mendapat faedah yang mungkin belum dirasai sebelum ini Susur galurnya ilmuan silam telah lakarkan dan buktikannya cuma terletak di bahu kita di mana kita sekarang!

Daripada Pena
Kapt (Ust) Hapidi bin Hussin
Peg. Agama KDSG

Marilah sama2 kita berkongsi....

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."