Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Selasa, 21 Disember 2010

Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..

Tarik minat anak anda terhadap makanan
  • Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
  • Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
  • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan

Sediakan makanan yang menarik
  • Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
  • Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
  • Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
  • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas

Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
  • Elakkan memarahi anak anda semasa makan
  • Jangan ugut anak anda untuk makan
  • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
  • Galakkan anak anda makan sendiri
  • Makanlah bersama-sama
Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.
Beri makanan ringan yang berkhasiat
Makanan ringan yang digalakkan : Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor
Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap
Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.
Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnyaSekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan.
Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik
Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.
Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran
Petua
  1. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
  2. Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
  3. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
  4. Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa
  5. Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.


di petik dari : http://www.anakku.net.my/


Tiada ulasan:

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."