Posted By surihati_ku On December 20, 2010 (11:15 pm) In Panduan
Kongsi artikel ni di FBSalam kepada semua sahabat blog pakarhowto.com
Berharap agar semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Harini entri terlajak telah tiba huhu.. tidak sempat Suri nak posting seperti hari yang ditetapkan ia membuatkan Suri publishkan entri ini pada waktu malam pula..
Lalala..terpanggil untuk menjawab satu soalan dari seorang sahabat facebook tentang apakah panduan yang selamat untuk anak tersayang. Maka Suri pun menjawab usulan tersebut dalam blog ini. Harap-harap sedikit pengalaman Suri menidurkan si manja akan membantu kalian menidurkan anak dengan lebih selamat lagi.
Tika terlihat dari jauh si manja seakan tidak berdaya untuk bergerak kesana kemari. Tapi tahukah anda semua sungguhpun si manja anda sebegitu jangan sesekali di duga bahawa perkara yang tidak diingini akan berlaku diluar jangkaan kita. Tahukah kawan-kawan anak-anak ataupun si maja anda sekarang sedang rancak untuk meneroka alam disekelilingnya yang dirasakan begitu menarik minatnya sekali untuk mencuba pelbagai perkara baru, yang dirasakan bagi mereka semua itu tidak akan membahayakan diri mereka sama sekali.
Berikut suri sisipkan beberapa langkah bagi membantu kawan-kawan menyediakan persekitaran yang selamat buat si manja anda.
- Jangan merokok di dalam kamar bayi anda. Kerana kandungan asap rokok yang terkandung didalamnya mengundang kemudaratan pada anak anda kelak. Malahan di kuhatiri anak anda akan mengalami sesak nafas akibat bau rokok yang kurang menyenangkan sistem pernafasanya kelak.
- Biasakan bayi anda tidur dalam keadaan yang menelentang. Cuba elakkan dia dari tidur meniarap atau mengiring. Sekiranya bayi, anda tidur dalam keadaan sedemikian maka anda sebagai ibu bapa haruslah sentiasa berwaspada setiap posisi tidurnya supaya si manja anda tidak akan mengalami masalah kesukaran bernafas ketika tidur.
- Jangan biarkan si maja anda tidur dalam keadaan yang terlalu panas. Tidurkan ia dengan pakaian yang lembut dan mudah diserap peluh. Biarkan kepalanya tanpa bertopi dan elakkan dia menggunakan bantal ketika tidur. Ini di khuatiri bagi bayi yang sedang belajar merangkak, akan menyembamkan mukanya ke bantal ketika tidur.
- Jangan sesekali menidurkna bayi anda di atas sofa atau kerusi malas. Di takuti bayi anda akan jatuh, mengelongsor dari tempat tersebut.
- Tempat yang selamat untuk si manja yang yang berusia dari 1 hingga ke 6 bulan adalah di dalam katilnya sendiri. Lebih-lebih lagi suasana akan lebih selamat sekiranya ibu bapa juga turut berada di sisi si manja. Sebab waktu ini dia sedang rancak untuk membuat pelbagai eksperimen tentang dirinya sendiri.
- Jauhkan alat permainan si manja ditempat peraduannya. Di takuti ia akan mengganggu tidur si manja, tercucuk pada mukanya, termakan masa tidurnya (disangka botol susunya/makanan). Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Jadi silalah elak sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Nota kaki:
Kajian menunjukkan hampir 60% kes kematian mengejutkan bayi boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mempunyai maklumat dan ilmu mengenai keselamatan bayi.
Jangan lupa dodoikan simanja dengan aluna zikir nama-nama Allah. Insyallah dia akan menjadi seorang anak yang pelembut soleh dan soleha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan