Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Selasa, 31 Mei 2011

TIP UNTUK IBU BAPA

Berikut info tambahan yang turut di peroleh dari akbar berita harian. Semoga tips ini sama2 dapat diamalkan dan berjaya melahirkan lebih ramai cerdik pandai rohani dan jasmani.
***
INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

N3 khas Buat Wawa a.k.a Citrus Azwa...

Pepagi nie bukak blog tetiba muncul satu nama yang sangat aku kenal ...ya......Citrus Azwa a.k.a Wawa....bakal adik iparku....sudah ada blog rupanya kamu ye....hahahha...tahniah...tahniah......akhirnya.......sebelum tu nak ucap terima kasih banyak2 sebab menjadi follower akak dan sentiasa menjengok
Tapi apa yang nak akak citer pasal kamu arrrrr................hehehhee....tulis jerlah apa2 yea.....tapi kalau salah jangan marah.......keh..keh..keh.....
.
.
.
.
.

Sebenarnya Wawa nie tunang adik aku yang bongsu....kampung kat Sungai Petani, Kedah nun jauh di sana...macammanalah adik aku nie boleh dapat jodoh jauh...kalau dah jodoh tu jauhmana pun boleh jumpa yer tak..?
Apa lagi yerkkk.............?????? haa...pasal dia yang paling aku n family berkenan ialah baik budi bahasa , sopan santun bak gadis melayu terakhir...hahahhaha.....(bodek sikit.....) tapi memnag betul pun pandai hormat orang tua....sampai mak abah aku pun tersangatlah berkenannya........mak pun terseboklah sesangat nak mengikat si bunga nie....hahahhaa...( sedap tak ayat aku...) tapi yang penting sekali dia sayang adik aku ..adik aku sayang dia.......so bulan februari 2011 lepas kami pun ke kedah membawa rombongan peminangan....majlis masa tu disini...
k..la x leh cete banyak2 pasal orang tak baek.....khehhe....

jom layan nie pulak....
.
.
.
.
.

nielah dia Wawa...bersama anis yang manja...
WELCOME TO UR FAMILY.....
SEMOGA BAHAGIA SELALU......

Isnin, 30 Mei 2011

TEKNIK MENDIDIK ANAK

Teknik ini di ambil dari Jepun, “SHICIDA METHODS “.
Menurut penulis artikel ini, kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising

p/s Sama2lah kita mempraktikkannya.....

Sabtu, 28 Mei 2011

Pindah Rumah Baru......

Haaaaahaaaaaaaaaaai aaa..............mesti gempakkan dapat rumah baru......bukan rumah yang itu....tapi rumah yang ini......rasanya rumah yang lama tu cam dah penuh sangat........teringin pulak nak renovate....tukar sana tukar sini cam x best gak...tapi last2 nie lah rumah yang paling aku suka setelah banyak yang aku try....inilah hasilnya........taraaaaaaaaaaaaa.......suka tak..........yang penting aku suka................

Khamis, 26 Mei 2011

Bengang....***@@@@*****

Minggu nie waktu tengahari buat aku panas hati....apa taknya semakin hari semakin jammed bila aku nak pegi keje balik lepas lunch hour.....bengang gila seh aku tengok dorg nie amik anak2 dorg balik sekolah x reti nak parking tepi...kalau parking pun kanan kiri macamana kete lain nak lalu..b***h tul....nak kata tak sekolah aku rasa semua mak bapak yang amik tu kete beso2 semua mestilah keje pun bagus2 kan...x kan tak sekolah pulak....yang mak bapak parking tepi satu hal nie yang anak2 nie pulak jalan terhegeh2.....macam model lak....nak ajer aku langgor...padan muka...tapi nanti tau pulak nak saman2 kan...hehhhhh...........................pastu boleh pulak bergurau senda bermesra mesraan.....nak aje aku hampok kepala dorg nie.....x tau ke kita nie terkejo2 nak masuk opis.....kalau lah tak kerana nak amik anak balik sekolah kebangsaan pastu nak hanto balik pi sekolah agama x ingin aku balik time lunch hour nie....

Minggu nie buat hati aku panas........n....hangin satu badan.................

Rabu, 25 Mei 2011

TOLONG INGATKAN AKU

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita









Airmata Ibu...

Salam..salam....hari nie..banyak masa aku nak bw.....macam2 blog aku jumpa hari nie...semuanya best..best belaka....dan blog yang membuat airmata aku gugur adalah blog Mayyonniz .....Doa Untuk Alana ....
so touching.....mohon izin Mayyonniz untuk saya berkongsi....

Ziarah Adik.....tajuk yang cukup puitis.......betapa besarnya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya walaupun anaknya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya......walaupun begitu ikatan kasih sayang ibu dan anak tidak akan putus buat selama-lamaya walaupun berada di dunia yang berbeza...........aku kagum dengan Mayyonniz .....kamu ibu yang diuji....kamu ibu yang disayangi .......

Semoga  Alana Qish menunggu keluarganya di pintu syurga.....

Ya Allah! kau berikanlah kesihatan yang baik untuk anak-anakku serta suamiku......kau panjangkanlah usia mereka kerana aku benar-benar mengasihi dan memerlukan mereka dalam hidupku...Amin....


Cara Wardina Didik Anak Beliau Solat

Salam Sejahtera semua..

Hari ni bw kat blog mamayatie sebab teruja tengok tajuk. Artikel hasil tulisan Wardina sendiri & dikongsi kat Official Page of WardinaSafiyyah . Rasanya satu info atau tips yang memang bagus untuk dikongsi lebih2 lagi bagi ibu2 dan bapa2 mendidik  anak solat semenjak dari kecil lagi......sama2 berkongsi apa yang dialami dan dirasai oleh Wardina.....

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?


So touching.....Walau letih macamana pun mulai hari ini ibu akan sedaya upaya mendidik anak2 ibu supaya rajin bersolat dan tidak akan meninggalkan solat.....solat itu wajib.....semoga anak2 ibu n ayah anas, anis & arisa menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi insan berguna dan berjaya di dunia dan akhirat......kalianlah harta yang tidak ternilai yang diamanhkan kepada kami berdua......Ya Allah jadikanlah anak2 kami sebagaimana yang engkau redhai....Amin...

Sabtu, 21 Mei 2011

Kembali berblog....

Hai....hai...dan salam 1Malaysia......
Nampaknya dah bersawang blog aku nihhh....lama sangat tak update....banyak sangat koje kat umah nie....sampai aku pun x de masa nak ngadap lappy.....uwa...uwaaaa.......kat opis plak keje sedang menimbun...x banyak mana pun tapi bab nk update HRMIS cuti semua pegawai dan staff buat aku pening kepala...benda simple tapi tersangatlah remeh....apa2 pun aku kena siapkan sebelum akhir bulan nie...start Jun jer segala cuti adalah online...............belum lagi nak memikirkan SISTEM AUTOMASI PEJABAT lagi....23 Mei 2011 terpaksa pulak pegi kursus berkaitan sistem tuh.........tu semua dah masuk dalam SKT aku tu.......Tapi okla tu kan dah namanya pun kerja ...lagi banyak lagi aku  suka..( ayat memujuk......)...lgpun tahun nie aku dapat ANJAKAN GAJI...( PTK 4 )......alhamdulillah.......oh ye lg satu aku dapat A**......rezeki anak2......terima kasihlah kepada semua yer.......semoga aku menjadi pekerja yang lebih cemerlang............


sambung lagi nanti.......................

Jumaat, 6 Mei 2011

Umurku Naik Lagi....

Hahaha...stiap tahun pada tarikh 7 Mei.....umur semankin meningkat......tanggungjawab semankin bertambah....dan cinta dan kasih sayangku pada en.suami dan anak2 semankin menggunung....apakah yang akan berlaku pada hari2 esok....ohhhhhh............tidak sanggup rasanya bejauhan dengan kalian...kalianlah segala-galanya dalam hidup ini.....
..............................................................................
I LOVE U ALL

N

HAPPY BIRTHDAY TO ME

.........................................................................
****Nak Tunggu Malam Nie....Mesti Ada Suprise Dari Hubby n Anak-Anak......*****
TUNGGU....................

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."