Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Selasa, 28 Februari 2012

Lisa & Yusri 2

Lgi gambar2 perkahwinan Lisa & Yusri.....cute......







p/s: sumber: mr.google


LIsa & Yusri

Selamat Pengantin Baru buat Lisa & Yusri.......
Sweet sangat pasangan nie.....semoga kekal hingga ke syurga.........






Comel sangat Lisa nie.....suka tengok dia.....







p/s: credit to eszhanstudio

Isnin, 27 Februari 2012

Makan2 - Steamboat


KEPTAN - Makan malam bersama keluarga ( adik beradikku)........sempena ???? xde sempena apalah saje jer nak makan-makan kat situ kan....lagipun adik yang nak belanja ..so on jerlah.......boleh tahanlah sedap gak....harga pun berpatutan..........len kali boleh pergi lagi..............









Adik ( bakal pengantin ) bersama Adik ( tuan tanah yang belanja) 






Tuan tanah menikmati hidangan sehingga terpejam-pejam  mata.....hihihi





Arisa , bila dah jumpa apa yang dia boleh buat main.....langsung x mengisah nak makan......terpaksalah ibu dia nie berulang-alik menyuap makanan......


Khamis, 23 Februari 2012

Dia Dah Tiada.......Faris dalam kenangan....


Ya Allah ....betul ker...adik Faris dah takde...inalillahirojiun.....sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia....amat terkejut bila terbaca n3 terbaru daripada

Miles of Smile

Ya Allah, baru jer aku share kat blog nie x sampai berapa jam...tetiba dia dah tiada.....al-fatihah...semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.......

Adik Faris dalam kenangan....

al-fatihah..


p/s: Gugur airmata ini.....

Faris......kuatkanlah semangatmu sayang....

 

Dicopy sepenuhnya daripada blog Mazidul Akmal dan Miles of smiles

Amat meruntun perasaanku sebagai seorang ibu........

 



FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL HOSPITAL HAMPIR MENCECAH RM100,000)

Petang tadi saya menghubungi ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, Shamrulismawi Ismail melalui panggilan telefon bimbit.

Berikut gambar pertama dihantar kepada saya.

"Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala," ujar Sham.


Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya


Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?

Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'


"Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit.

Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.


Sewaktu mula mengetahui kisah derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan oleh Sham dan isteri, RM75,000.

Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68.

Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit.


Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.

Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.

Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.

Mewakili  keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.

 

TERUS HEBAHKAN BERITA INI


p/s : marilah sama-sama kita membantu walaupun sedikit...kerana ini amat bermakna kepada anak ini....tersentuh hatiku....marilah kita sama-sama berdoa agar anak ini diberi kesihatan........

Rabu, 22 Februari 2012

Sijil



Tiada kata2 yang dapat mengungkapnya.....








p/s : kenangan terindah setelah 14 tahun berkhidmat..

Selasa, 21 Februari 2012

cadar



Sempurna sudah ......fasa mencari cadar...........x nak komen banyak2....sebab nak cari kaler merah + krim tapi bila tengok x berapa nak cantik.....pudar jer kaler...kusam x berseri.......so amik keputusan amik kaler coklat + krim....boleh gak lah kan............harga pun dapat diskaun 80% kat UO Angsana.....boleh sangatlah kan..........cuma amik saiz king lah sebba kalau queen nanti comforter dia tak lebih ke bawah...nampak x nice.....( lagipun katil kat umah aku king...hahaha........)










p/s : cadar untuk digunakan untuk pengantin adik ............


Isnin, 20 Februari 2012

Kasut....

Kasut................

Apa kaitan kasut dengan blog aku haaaa...........xder kaitan pun dengan blog tapi dengan aku ada.......hahhah......
Kasut baru aku..............e.suami yang belikan.....ntah apa mimpi bukan sepasang tapi 2 pasang dia belikan isterinya nie.......tq abang......aku orang nak belikan apalagi...............follow jerlah...hihihi.....semoga suamiku murah rezekinya......amin...



Ibu punyer


Ibu punyer


Anis dan Arisa dapat gak..........apalagi budak berdua tu.........sukalah sangat apatah lagi si Anis yang memang pengemar kasut tegar...................kasut...kasut....kasut.........tu yang kat rumah tu bermacam2 jenis kasut pelbagai paten semua ada..................

Anis punyer


Arisa punyer


Anak dara b2....

p/s : ayah & abang beli kasut lain kali yer.............perempuan  didahulukan...kihkihkih.....

Jumaat, 17 Februari 2012

Aku Pun Adeeee.......winkkkkkkk



Selama nie dok baca kat belog kengkawan pasal BE......apa BE tu.........sebab selama nie aku tak penah pun bukak acc nuffnang aku.......yang aku tau daftar pastu letak iklan kat blog .....tu jer......tetiba semalam tergerak pulak hati nak menegoknya.....

winkkkkk..
.
.
.
.
.


haaaa............aku pun ader gaklah................( walaupun x sebanyak yang dorang dapat................aku punyer seciput jer.........) bolehlah kan..........cukuplah untuk membakar semangat aku kan........

Buat Fiza Jaafar terima kasihlah banyak2 sebab ko selalu bagi aku semangat nak berbelog2 nie........hahaaah............tapi aku tunggu ko punyer blog plak nie...bila nak buat...........

Buat kengkawan yang lain......ajarlah aku macamna nak naikkan RM nuff tu yer.......


p/s : tunjuk kat en.hubby.......dia cuma kata apa tu............( huhuhu....cedihhhhhhh..........)






Khamis, 16 Februari 2012

Aku Punyer Header

Selamat petang......
Hari nie mata aku tersangatlah mengantuknya......keje opis melambak dengan HRMIS dengan pencalonan pegawai2 baru dengan segala denganlah......tapi semuanya amat membosankan aku....lagipun line x berapa ok kalu aku nak update HRMIS....macam kura-kura.......terlalu lembab....cam nie sampai bila pun keje aku x berjalan lancar...huhuhu...............keje banyak SBPA tak update2 gak....bilalah nak dapat gaji barui nie...........

Aapapun untuk mengurangkan kebosanan aku nie aku nak imbas balik lah tentang header2 yang penah aku guna kat blog aku nie...nak tengok tak........dan yang paling terbaru yang nie......


cantik tak.............hihihi.......tapi yang nie aku paling sukeeeee......................macam ceria gitu.......

antara header lain ....jom tengok2..............




yang nie pun aku suka jugak.....yang nie bakal adik ipar aku a.k.a CITRUS AZWA yang buatkan untuk aku..............cantik kan....sejuk jer mata memandang.......very cute.............





Yang nie hasil kreativiti aku sendiri yang oklah.....hahahha...ok ker..???? ntahlah tapi aku rasa oklah...sbb first time buat nie....guna power point jer......hahaha..........



yang nie pulak ....no komen......mcm simple sangat kan.............ntah apa-apa jer..........tapi oklah juga pada pandangan aku.............yang nie aku jadikan header sekejap jer kat blog tu.............segan x berapa nak jadi...............

Rasanya ada lagi x yer yang aku x letak ............ada rasanya tapi aku lupa aku save kat mana.....so setakat yang aku jumpa jerlah hari nie..................hahaha............bolehlah buat kenangan...............


P/s: nak belajar buat header lagi...yang buat yang cantik...paling cantik................tapi ade ke masa.............hahahhah...........nak seribu daya x nak seribu dalih................betul tak.....





Cara Nak Buat Print Screen

ececehhhhhh......macamlah aku nie pandai sangat nak bagi tutorial kan....ewahhhh...ewahhhh ramai lagi bloger2 yang lebih arif dari aku nie...tapi walau bagaimanapun aku nak kongsi gak apa yang aku tau......nie pun aku tau sebab aku mintak tolong dengan en.google.....hihhihhih.....

Sebenarnya aku baru tau cara nak buat print scree tu camna ...selamanya nie bila tengok kat blog kawan2.....hati tertanya2 macamna lah dorang nie pandai buat benda nie yerkkkk......aku pulak kurang pengetahuan.....walau bagaimanapun hari nie aku dah berjaya......aku boleh buat jugak....simple jer rupanya....hehehehe.....

ok...bagi teman2 yang belum pernah buat tu bolehlah ikut langkah2 di bawah nie yer......



1. Pilih gambar yang ingin dicetak
2. Tekan butang PrtScrns pada keyboard
3. Buka aplikasi Paint
4. Tekan Ctrl + V serentak
5. Save


Siappppp..................

dan aku telah menghasilkan........................




...................... wallpaper untuk desktop komputer opis aku......amacam....cantik tak......

senang jer kannnnnn...............



p/s: ilmu itu sangat penting.........berkongsi pula adalah wajib....hihihi..........

Rabu, 15 Februari 2012

Formula Gaji SBPA Cadangan Cuepacs

Jeng..jeng......jeng....formula gaji yang Cuepacs cadangkan nie agak2nya lebih menyegarkan atau tidak.....cari punyer cari jumpa nie.....




Tapi bila di teliti betul2....gaji aku makin kurang RM5.00......untung ker tu.........tapi untuk mata gaji aku bertambah 1 T......oklah tu...bersyukur dengan yang apa dikurniakan oleh Allah...............

p/s: apapun tetap bersabar menunggu bayaran gaji SBPA......boleh tak tolong cepat sikit buat keputusan, jangan buat kami tertunggu-tunggu...huhuhu....

Penyakit Hati Yang Amat Bahaya


Hari ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi daripada
Sumber : PakarHowTo

Setiap hari, setiap ketika kita mesti berusaha untuk memperbaiki iman dan amal kita. Kerana itulah tujuan hidup kita atas muka bumi ini. Iaitu beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala.
Hari ni, saya nak ajak anda untuk mengetahui dan memahami 4 penyakit yang berbahaya bagi kita sebagai seorang muslim.

penyakit-penyakit hati

Apakah 4 penyakit hati yang berbahaya itu?
OK, let’s check it out….

4 Jenis Penyakit Berbahaya Bagi Diri Seorang Insan

  1. Riak : Berbangga dengan diri dengan menunjuk-nunjuk
  2. Sum’ah : Berbangga dengan diri
  3. ‘Ujub : Merasa diri lebih bagus
  4. Takabbur : Membandingkan kebaikan dengan orang Lain
Berikut ni adalah contoh situasi yang boleh menerangkan lagi bagaimana 4 penyakit serangkai ini menyerang kita.
Abu masuk ke dalam masjid. Dilihat ramai qariah di dalam masjid, lalu dia mengerjakan sembahyang tahiyyatul masjid, solat sunnat dan sebagainya dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan berbangga diri. –> (Ini dinamakan sebagai “Riak”)
Kemudian, terlintas di dalam hati Abu :
“isshh bagusnya aku sembahnya sunnat..sunnat tahiyyatul masjid, sunnat wuduk, sunnat qabliah”
Dan para jemaah masjid pun meyebut2 dan memuji2 dibelakangnya :
“Bgus betul la si abu tu..sembahyang dia….bla bla bla” (Ini disebut sebagai “suma’ah” peringkat pertama)
Abu mengangkat takbir dengan suara yang kuat dengan niat mengharapkan untuk menarik perhatian ahli jemaah yang lain. Atau membaca surah2 dengan kuat… (Ini “Suma’ah peringkat kedua)
Kemudian, syaitan menghasut lagi…. Si Abu berkata lagi di dalam hatinya :
“Apalah diorang ni, duk dalam masjid menyembang, tido… sepatutnya jadilah macam aku…solat selalu…kan bagus kalau macam aku..” (Ini dinamakan sebagai bersifat “‘Ujub”)
Kemudian, datang seorang lelaki disebelahnya mengangkat takbir…dan selesai solatnya. Maka si Abu berkata dengan hati/atau lidahnya… :
“Aik solat sekejap betul….sepatutnya buat la macam aku…solat dengan tertib dan lama…” (Ini pula dinamakan sebagai bersifat “Takabbur”)
Marilah kita audit @ koreksi @ muhasabah diri kita masing-masing. Adakah sifat2 atau penyakit2 ini dalam diri kita???
Nauzubillah…
Mintak dijauhkanlah. Aamiin… T_T


p/s: info yang sangat berguna marilah sama-sama kita muhasabah diri.....

Jumaat, 10 Februari 2012

Fasa 3 > Mencari Baju



Salam mesra buat pengunjung ( kalau adalah...) untuk kali ini nampaknya mood x berapa nak ada untuk mencoretkan kata-kata , tapi gagahkan jugak walau epotong ayat bagi mengupdate perjalanan majlis nanati.......Malam semalam kebetulan hubby free so mintak tolong dia hantar ke Jakel untuk mencari baju untuk di buat hantaran ....

Atas permintaan bakal adik ipar a.k.a pengantin perempuan , aku pun carilah baju kaler pink untuk disamakan dengan baju adik aku....pusing2 dapatlah yang aku kira cantik di mata aku.....( mata aku dan mata laki aku...) mata pengantin aku tak taulah....tapi harap terimalah seadanya yer............dapat jer baju aku terus mencari pulak tudung untuk dipadankan dengan baju nanti........nak cari tudung tak susah sebab banyak pilihan .........yang simple2 sudahlah yer....dan pilihan aku ialah tudung Hajra.......

Gambar rasanya x perlulah di upload di sini .....tak suprise la nanti..........

oklah....memang takde idea sangat nak celoteh panjang2 ......nak sambung buat keje.......len kali citer lagi.....

p/s: hari yang panjang penuh kebosanan....................

4 Tanda Hidup Tidak Diberkati

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :


1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
p/s: Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Sumber : PakarHowTo

Khamis, 9 Februari 2012

Fasa 2 > Hantaran

Minggu nie minggu yang teramat busy kerana seringkali berulang alik ke kampung untuk membantu family apa yang patut seperti mengemas stor, membersihkan sekeliling rumah dan apa2 lah yang boleh dilakukan menjelang majlis nanti....

Hari Isnin dan selasa yang lepas pegi ke Ayer Hitam...syurga bagi setiap keluarga dan pasangan yang ingin mendirikan masjid membeli belah untuk persiapan majlis nanti.....kat sana macam-macam ada....dari yang murah sampai lah yang mahal ...yang penting sediakan wangnya sahaja....

Aku pulak ke sana sebab hendak membeli keperluan untuk membuat barang hantaran......terasa bersemangat pulak nak mengkreatifkan diri untuk membuat hantaran untuk adik......macam-macam gak yang aku beli....dan yang pasti aku memilih untuk mengadaptasikan warna merah + krim ...ala- krim gold gitu......banyak gak yang dibeli.....cuma tak tau bila masanya plak nak mengubahnya......tapi yang pasti xderlah nak buat gubahan yang glam2 gitu bagi barang2 hantaran sebabnya umah pengantin pompuan jauhla sangat....kami di Johor pengantin pompuan di Kedah...x ke naya kalau mengubah gubah nie...sampai sana tak tau jadik apa....hahhahhah.....so pilihan yang tepat adalah masukkan jer dalam kotak....lebih selamat kan........lagipun lebih simple kan......zaman sekarang dah jarang orang buat gubahan hantaran nie......

Jamu mata sikit dengan barang yang telah dibeli di sana...rasanya cukup kot.......























p/s..any idea utk menghias hantaran kasi lawa.....n look gorgeous....hehehehe...

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."