Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Jumaat, 30 September 2011

KEISTIMEWAAN SURAH AL KAUTSAR


Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada
batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada
susu
   dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika
   menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah
tetapi
   dizalimi.

Perkara yg baik  kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan

Rabu, 21 September 2011

40 Kesilapan Ibubapa

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali

Isnin, 19 September 2011

Hatiku Tersentap

Hari ini hari bersejarah....sejarah yang xkan mahu ianya berulang...biarlah ia berlalu dibawa angin x ingin ku mengingatinya lagi....

Hati tersentap bila diri diuji dengan kata2....

Kau memang ego tinggi...
Kau memang mulut jahat....
Kau memang hati jahat.....
Kau memang pentingkan diri sendiri.....
Kau memang nak selalu menang.....
Kau....dan .....kau.....dan kau.......
cuma yang tak dilafaz ialah KAU MEMANG KURANG AJAR.....

Hati siapa yang tak terhiris...jiwa siapa yang terluka bila yang berkata itu adalah insan yang paling rapat dengan dirinya.......
Terasa diri begitu kerdil....diri begitu hina ....bila dituduh sebegitu rupa.....
Segala kebaikan dan keikhlasan langsung dilupa.....semua pengorbanan dilempar jauh.......segala kesakitan dan kesengsaraan dibuang ke tepi.....itulah manusia.....bila sayang semuanya nampak sempurna....bila mula membenci segala-galanya ada kecacatan......
Salahkah aku menjadi diri ku....kerana aku bukan manusia hipokrit.....salahkah aku ......

Kesilapan lalu mengajar aku berfikir.......

Jumaat, 16 September 2011

Petua Berkomunikasi Dengan Anak

1. Jangan perkecilkan kebolehan anak

2. Jangan sebut perkataan-perkataan yang negatif

3. Padamkan rekod lama yang telah terbentuk dalam fikiran anak

4. Banyakkan belaian positif

5. Dengar dengan aktif dan teliti tindak-tanduk anak

6. Gunakan teknik-teknik penyampaian yang berkesan

7. Selesaikan segala masalah rumah-tangga bersama-sama dengan anak

8. Nyatakan tentangan kita dengan berhikmah

9. Tunjukkan penghormatan dan kasih-sayang kepada anak

10. Displinkan anak-anak dengan hikmah

11. Nasihat secara dakwah bil hal (menunjukkan contoh kpd anak dengan perbuataan kita sendiri)

12. Ambil tindakan dan komunikasi mengikut keadaan anak

13. Banyakkan doa dalam menyokong kita dalam usaha berkomunikasi dengan anak

Sumber : http://tip-untuk-semua.blogspot.com/

Khamis, 15 September 2011

Sebab Anak Tak Boleh Bercakap

Seorang Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.
Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor keturunan yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

Anak Menumpu kepada aktiviti lain dahulu
“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.

Ibu bapa tak memberi tumpuan ajar anak bercakap
“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya

Ibubapa tak sokong atau mengalak anak bercakap
Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.

Faktor kesihatan anak-anak yang kurang baik
Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.

“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)

“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.
Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.

Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.
  1. Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.
  2. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
  3. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
  4. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.
“Galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,”  Dr Mastura Badzi

Selasa, 13 September 2011

Makanan Untuk Tambah Berat Badan Kanak-Kanak

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.
Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanakkanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.
Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.
Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
  • • Menjejaskan kecerdasan otak
  • • Mengganggu pertumbuhan fizikal
  • • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
  • • Mudah dijangkiti penyakit
Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
  • • Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
  • • Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
  • • Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
  • • Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.
Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:
Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
  • • Terlalu banyak bermain
  • • Tiada kawan
  • • Masalah kesihatan
  • • Masalah gigi rosak
  • • Jenis makanan dan cara masakan yang sama.
Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
  • • Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
  • • Makan bersama-sama rakan sebaya.
  • • Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
  • • Elakkan dari memarahi anak semasa makan.
Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.

Oleh: Puan Nor Azah Ahmad
Penolong Pengarah Kanan(Pemakanan)
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan

Isnin, 12 September 2011

Kanak-Kanak Suka Tonton TV Terlalu Lama Berdepan Masalah Kesihatan

MELBOURNE: Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia.
Kajian oleh penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka.
Ini meningkatkan peluang mereka untuk mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan pada Rabu.
Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara enam hingga tujuh tahun dari 34 sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian itu.
Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.
"Kami dapati kanak-kanak yang rajin melakukan aktiviti fizikal mempunyai profil mikrovesikel yang lebih baik berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal," kata Dr Bamini Gopinath, felo penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Penglihatan, University of Sydney.
"Ini membuktikan gaya hidup tidak sihat akan mempengaruhi mikroedaran yang awal dalam kehidupan dan meningkatkan ancaman terhadap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi apabila usia semakin meningkat."
Menggantikan tempoh satu jam di hadapan televisyen dengan melakukan aktiviti fizikal membawa kepada perubahan yang besar, kata penyelidik itu.
"Bermain secara percuma harus digalakkan dan sekolah harus menetapkan mandatori dua jam seminggu untuk aktiviti fizikal kanak-kanak," kata Dr Gopinathyang berasal dari Sri Lanka.

"Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka agar bergerak dan larang mereka daripada duduk terlalu lama di kerusi." - BERNAMA

Rabu, 7 September 2011

comel x?

KESAN TIDUR LEWAT ~ mesti baca~

Hari nie sudah 9 hari kita di bulan Syawal....mesti ramai daripada kita kurang tidur kan sejak raya2 nie....jangan amalkan selalu......jom sama2 kita baca apa yang ada di bawah nie...
Diterjemahkan dari artikel  "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !",

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:

Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
1.Tidak buang air kecil di pagi hari.
2.Terlalu banyak makan.
3.Tidak mengambil sarapan.
4.Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
5.Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.

Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Sumber : http://myaqeeda.blogspot.com 

Isnin, 5 September 2011

Kembali bertugas

Salam ceria salam 1 Malaysia...

Lama x jenguk blog rakan2 apalagi nak mengupdate blog sendiri sampaikan sudah bersawang rumahku ini...cuti dah abis so hari nie hari pertama bertugas memulakan semula tugas2 yang terhenti sebab cuti raya....
Rasa sedih nak tinggalkan kampung tapi rasa seronok nak balik umah sendiri...buruk2 pun rumah sendiri kan...RUMAHKU SYURGAKU.....

Bertolak dari kampung pukul 9.00 malam singgah umah MFIL lebih kurang kul 10.30 baru bertolak balik JB....seronoknya bila sampai rumah...rindu sangat kat rumah..
Habis raya kat kampung ( seminggu ) bila balik JB nie tunggu jerlah jemputan open house...heehhee....masa nielah untuk menambah berat badan...x gitu.......

Hari nie juga budak2 dah naik sekolah..lama cuti jadi kelam kabut sikit..bangun pun terlewat tapi nasib baik x lewat sangat....lepas hantar anak2  me n hubby pegi sarapan kat mamak....( punyalah malas kan nak buat sarapan....pagi tadi pun anak2 sarapan nugget n milo jer....)..rasa x sabar pulak nak pi keje....huhuhu...

Nampaknya minggu ni hubby kena jadi driver akulah...sebabnya kete aku hubby dah bagi pinjam kat FIL . Kete FIL accident hari sabtu lepas adik ipar bawak g beraya......( nasib baik x bawak kete hubby@aku )

Patah kakilah aku minggu nie...jadual pun dah berubah....hubby lak aku tak taulah kena sambung cuti lah kot..kalau tidak sapa nak amik anas balik dan pegi sekolah......susahnyalah kete takde nie....nak ikutkan berat hati aku nak lepaskan kete aku tu..tapi dah hubby nak jugak...terpaksalah mengalah....(org lain punya pasal kita pulak yg kena tempiasnya.....susah kalau org tak faham nie nak fikirkan hal dia jer....sabo jerlah..). Nie pun ntah berapa lama kete tu boleh siap..minggu depan hubby outstation kat KL..abih tu kitaorg nie apahal....x marahkan FMIL pun ..sebenarnya dia org x kisah pun .....nie yg aku geram sangat a*** i*** pulak yg lebih2 sms bagai....mcm lah kitaorg nie free sangat....

Oklah stop lah kat sini dulu..lagi lama aku menaip nie kang makin panas pulak aku....bertambah lagi dosa aku....takpelah sabar jelah...

* so , kesimpulannya : kalau masih belajar belum ada keje tu tak payahlah nak belagak ke hulu ke hilir dengan kereta pinjam....dah jadi macam nie sapa yang susah...mak bapak jugak yg susah ..x pasal2 orang lain pun terlibat sama....kalau ada yg terasa tu fikirkanlah..hanya berniat untuk mengingatkan....kan dah menyusahkan semua orang....

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."