Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Isnin, 29 November 2010


Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa



by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Wednesday, November 17, 2010 at 2:48am

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya  (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang  1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah  permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".
5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.





Petua Mengelak Rumahtangga Bercerai



by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Monday, November 29, 2010 at 3:10am
Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Namun, harapan saja tidak mencukupi. Mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya.

Petua 1: Berkomunikasi
Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

Petua 2: Bincang Jika Ada Masalah Seks Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, ia juga  untuk rekreasi dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja. Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda.

Petua 3: Terimalah Pasangan Seadanya
Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan yang harus saling menyesuaikan diri. Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik. Antaranya ialah perbezaan persepsi, wawasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.



....:: PeTuA MeMpErCePaTkAn JoDoH ::...





....:: PeTuA MeMpErCePaTkAn JoDoH ::...



Untuk yang berhajat untuk mempercepatkan jodoh atau memanjangkan jodoh. Hendaklah diamalkan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib:-

1. Duduk menghadap kiblat
2. Lakukannya dengan khusyuk dan yakin yang Allah s.w.t. akan membantu kita
3. Bacalah Ya Rahman, Ya Rahim, dan Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknya waktu maghrib.
4. Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala kedengaran "Allahuakbar" yang pertama kali dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
5. Amalkannya sebanyak 3 Jumaat berturut- turut.


HaPPy BiRthDaY.....

DaH LaMa NaK N3 PaSaL BiRtHdAy AnAk2 NiE Tp AsYiK TeRbAnTuT JeR......NiE AdA MaSa SiKit NiE BlELa KoNgSi SiKiT2......HeHeEeE.......

SeBeNoNyA AnAk2 LaHiR LeN2 TaRiKh.....AnAs - 6.11.2004 , AnIs - 24.11.2005 n Ai-SyA 20.10.2009 TaPi KaMi SePaKaT  SaMbUt BiRtHdAy HaRi YaNg SaMa IaItU PaDa 24.11.2010 ....JiMaT SiKiT...KoNgSi KeK....TaPi HaDiAh LaIn2.....
















HaPPy BiRtHdAy.......My LoVe..
....:: Anas - Anis - Ai-Sya ::....

Ahad, 28 November 2010

HaRi MiNgGu....

Minggu nie x balik kampung.....pagi2 anas mintak aku buatkan jemput2....yang penting x nak sayur x nak ikan bilis...order dari anas aku buat gak walaupun malas yang teramat sangat tapi demi anak tersayang....ku turutkan jua permintaannya.....

Hujan turun lebat gak hari nie.....tersekat plan aku n family nak berjalan2....terpaksalah aku masak tenggahari.....apa menu hari nie yer....teringat daging yang mak mertua aku bagi.....so aku masaklah daging kicap....n tumis dayur tauge bersama carrot .....hujan2 cam nie sedap gak.......hahaha....

Lepas solat asar en.hubby ajak gie Jusco saja nak bawak budak2 gie taman kat sana......tp hampehhhh....parking penuh....terpaksalah tukar plan...last2 en.hubby kata kita gie Tesco jerlah.....apa2 jerlah bang......

Ha...sampai gak kat Tesco ...parking free....banyak tempat kosong....oklah....hehhe....hari nie ktaorg beli sotong ball, telur sepapan, kentang goreng, lasagna dll...penat meround...anak2 pun sibuk ajak gie taman kat bawah tu...oklah..boleh minum2......

Oh ya...minggu depan aku nak ke Singapore....so gie la money changer...RM 100.00 dapat $41.70...bolehla...bukan nak gie shopping pun kat sana......


Nampak apelah si Ai-Sya nie.....

 Tempat kegemaran anak2.....

 Anis....


 Ibu pun nak interprem gak......hehhee...

 Anis merajuk sebab xde sapa nak layan dia pi kat taman......

Merajuk pun hilang sebab dapat lamb chop.......


 Anas menunggu hidangannya....................


 Wah....sedapnyaaaa..............

 Cepatlah Yah..........lapar nie.....

 Tak ketinggalan..Ai-Sya bersama fun friesnya.....sedapppp.....



 Huishhhhh......ayah ngan anak same jer.....bersama iced blanded......hahahhaha....













AkTiViTi SePaNjAnG DiSeMbEr 2010

1 Disember 2010
Lawatan Perkongsian Pintar - Singapore

5 hingga 7 Disember 2010
Hari Keluarga - Pelangi Balau Resort, Kota Tinggi

12 hingga 15 Disember 2010
Lawatan Batchmark - Perlis dan Perak

27 Disember 2010
Pengesahan Pendaftaran Sekolah Agama Darjah Satu ( Anas ) - Sekolah Agama Tasek Utara


Nampaknya berjalan sokmo la aku bulan nie.....dan dah tentu2 poket aku pun semakin menipis ..hehhehe....eN. hUbBy....please backup me okey......hahahah...

Rabu, 24 November 2010



SET CADAR DAN COMFORTER

RBS-SS
SET CADAR SINGLE  & COMFORTER
Kandungan Set :
1 helai cadar bergetah
2 helai sarung bantal
1 helai sarung bantal peluk
1 helai comforter single berquilting

RM 83.90 ( WM ) /  RM 113.90 ( EM )

RBS-QS
SET CADAR QUEEN  & COMFORTER
Kandungan Set :
1 helai cadar bergetah
2 helai sarung bantal
1 helai sarung bantal peluk
1 helai comforter queen berquilting

RM 109.90 ( WM ) /  RM 139.90 ( EM )

















Untuk tempahan @ pertanyaan sila email 

anasirfan04@gmail.com

Hari ni  aku gie Jabatan Imegresen kat Wisma....fuyooo ramainya orang .....tp peduli apa aku...yg penting aku ada appoiment dgn boss kat situ.....hehehhe.....punyalah baik  orang tu...walaupun dia boss tapi dia hantar aku n my hubby kat kaunter pendaftaran.....( susah nak dapat pegawai atasan cam tu kan.........) terima kasih lah kat dia.....( nasib baik adik aku yg tlg rekomenkan.....kalau tak pagi2 lagi dah sah2 aku kena amik nombor....dan siapnya dah sah2 petang......hahahha...tq gak buat adikku.......) aku pegi pukul 11.00 kul 12.20 dah siap....hehehe.....happynya......

Aku nak gie  Kota SINGAPORE.....horray...........ni pasport aku....hahahha............




Jumaat, 19 November 2010

Beringatlah wahai isteri.....

by Mohd Azli Afandi on Saturday, November 13, 2010 at 4:13am
 
cerita yang aku paparkan ini terus terang bukan karya sendiri, cerita nie aku dapat dari seseorg yang telah menghantar email kepadaku, jadi rasanya elok untuk di kongsi bersama.....InsyaAllah...moga kita dapat manfaatnya bersama"


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

PeNtInGnYa MeDiCaL CaRd

3 Manfaat Utama Digabungkan Dalam 1 Akaun

1. Perlindungan
2. Kad Perubatan
3. Simpanan
    

" Waktu ini....perancangan kewangan adalah mudah mampu dimiliki "
Masa depan anda bergantung kepada keputusan yang anda buat pada hari ini......
"......Anda berkata TIDAK kerana masih mampu, anda berkata YA ketika anda amat memerlukannya....tetapi pada waktu itu...LAYAKKAH ANDA"
Renungkanlah.........

Medical Card

KONSEP TAKAFUL

Takaful ialah satu konsep saling membantu yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan berasaskan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu peserta tersebut serta peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan.


Untuk maklumat lanjut lawatilah:

http://www.prubsn.com.my/


atau untuk temujanji hubungi :

En. Dzul ditalian 019-7796070
Pn. Juliyati ditalian 019-7756070

==PaSaR KaRaT==

Hye.....semalam aku kata nak gie Pasar Karat kan....akhirnya sampai gak aku ke sana.....
en.hubby dengan rela hati menemankan aku ke sana...tq darling...hehhee....cuma aku tak tau aku nak cari apa.....jalan2...tetiba aku nampak t-shirt kanak2 ala-ala muslimah...berkenan plak...beli la satu untuk Anis...



Mana boleh belikan Anis sorang jer kan...cari plak untuk Anas....haaaa...lawa tak..Chelsea lagi........



Untuk cutie Ai-Sya.......alah sorry la baby....ibu x jumpa yang sesuai untuk baby...len kali ok.....

Puas jalan-jalan baliklah rumah.....tu jer hehehe...yang yang seronoknya malam nie balik kampung ...jumpa anak2....miss u all.....

Khamis, 18 November 2010

***SuNyI***

Tetiba aku rasa nak n3 blog nie begitu berkobar2....tetapi semankin aku nak tulis semankin jammed plak idea aku nak kuar....heeheee...tapi aku nak tulis gak....tapi aku nak tulis apa pun aku tak tau....hehehhe...

Xpela aku tulis apa2 jerlah......dah nama pun blog peribadi aku...suka hati akulah aku nak tulis apa......hahahhhaahahh......

Semalam beraya kat umah mertua n then lepas solat raya balik umah mak aku...seronoknya.......hujan lebat tu.....seriau gak dibuatnya.....malam balik JB, anak2 kena tinggal kat umah neneknya sebab aku keje dan bb sitter plak cuti lama....seminggu tu.....pening kepala aku .....huhuhuuuu....sedihnya nak tinggalkan dorang tapi aku tgk dorang happy jer.....cuma ai-Sya yang mcm tau2 jerk nk kena tinggal buat muka sedih......

Rasa sunyi sgt bila anak2 xder nie.....tido malam teringat jer kat dorang terutama ai-Sya ....maklumlah bantal peluk aku tuuuuuu.............huhuhu......( ibu rindu ........)



anak2ku....
i miss u all my dear honey......................




Bila sunyi2 nie kepala pun mulalah senoning....kebosanan yang teramat sangat...malam nie ada date ngn en.hubby nak gie dinner kat hutan bandar.....makan chiken chop....orang kata sedap tapi yang syoknya tu org kata murah....bolehlah cuba.....

Pas2...plan nak jalan2 plak kat "pasar karat" saja nak tengok2......x cari apa pun just nak jalan2 jer.......tapi tgklah...itu pun bergantung pada kelapangan en.hubby.....hukhukhuk......



Selasa, 16 November 2010

selamat hari raya A.I.D.I.L A.D.H.A

Sempena hari raya korban ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya....dan untuk tahun ini alhamdullillah en.suami telah membuat 1 bahagian korban daging lembu untik dirinya dan aqiqah untuk anak perempuan kami anis syafiqah. Yang menariknya ibadat ini dilakukan bukan di bumi Malaysia tetapi dilakukan di Champa, Kemboja bagi meraikan rakyat Champa yang tidak pernah menjamah daging kecuali pada hari raya....kesiankan...

Dan kedatangan Hari Raya Aidil Adha ini juga mengingatkan aku pada peristiwa di bulan Ramadan dan Syawal yang lalu...pada  7 hari ramadan aku diuji dengan anak yang sulung (anas) dimasukan ke Hospital Pakar Puteri kerana jangkitan kuman di otak , 7 hari Syawal diuji pula anak bungsuku ( ai-sya ) dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB kerana menghidap demam panas n lelah, anak keduaku (anis) terkena chiken pox....belum lagi aku dan suamiku , petang tak sampai 2 jam ai-sya keluar hospital si ayah terkena kaca di tapak tangan dan merasalah 13 jahitan.....ngeri sungguh...aku seminggu sebelum raya terkena chiken pox...( dah tua baru kena ). Alhamdullillah semuanya selamat, sesungguhnya tiada apa yang boleh membuatkan hati si ibu dan ayah ceria dan bahagia selain melihat anak2 membesar dengan sihat.


Untuk tatapan foto anak-anak di hospital.....


Malam pertama di hospital....meragam nak balik........



Anis yang gedik....suka menyakat abangnya yang tengah sakit....


Sakit-sakit pun tetap berfikir macam mana cara nak pasang .....


Menghilangkan kebosanan ......."ibu bila kita nak balik......."


Anas suka sangat dengan wad kat sini...macam hotel katanya........



Tangan yang membengkak akibat hari-hari disuntik antibiotik....


Keluar jer hospital, bawak Anas gi kerusi urut..bagi lega sikit badannya yang kena cucuk hari2 kat hospital....Ucapan yang tak terhingga buat Dr.Tham ( Pakar Pediatrik ) dan Dr.Hasnahbi (Pakar Saraf) yang begitu tinggi komitmen merawat Anas sehingga sembuh..tak lupa juga buat warga Hospital Pakar Puteri yang begitu mesra melayan kami......Terima kasih.



Ai-Sya... demam di HSA, JB..cian anak ibu.......belum sempat tido umah balik jer dari bercuti kat kampung pukul 4.00 pagi ke wad kecemasan HSA. Terima kasih kepada doktor dan warga HSA

 
Kesan C.H.I.K.E.N. P.O.X......tapi Anis tetap manis dihati ibu...


I LOVE U ALL .....
kamu semua adalah nyawa ibu dan ayah.............



PESANAN BUAT SUAMI

Hari ini rasa ingin berkongsi artikel di bawah ini....memang menarik dan wajib dibaca oleh suami-suami di luar sana.......


PESANAN BUAT SUAMI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Rabu, 10 November 2010

@@@Ayat-ayat cinta..by Rossa...@@@@

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Best lagu nie....

*****Anakku konvo******

09.11.2010 hari bersejarah bagi anakku....konvo dia....bukan konvo U....tapi Pra Sekolah jer....hehehhe...tapi sebagai ibu rasa bangga tu mcm tak leh nak tahan2.....yela skrg konvo Pra Sekolah jer mudah2an akan datang betul2 konvo U.....excited la plak.....nie adalah sedikit kenang-kenangan di hari konvonya.......bak kata en.suami   mcm rasa dah tua plak bila tgk anak konvo nie...hehehehe........x per yang penting happy beb......kepada anakku Anas , tahniah dan semoga berjaya dan berjaya.......



  Suasana meriah......


 
      Senyuman seorang graduate...heheehe......

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."