Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Selasa, 16 November 2010

selamat hari raya A.I.D.I.L A.D.H.A

Sempena hari raya korban ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya....dan untuk tahun ini alhamdullillah en.suami telah membuat 1 bahagian korban daging lembu untik dirinya dan aqiqah untuk anak perempuan kami anis syafiqah. Yang menariknya ibadat ini dilakukan bukan di bumi Malaysia tetapi dilakukan di Champa, Kemboja bagi meraikan rakyat Champa yang tidak pernah menjamah daging kecuali pada hari raya....kesiankan...

Dan kedatangan Hari Raya Aidil Adha ini juga mengingatkan aku pada peristiwa di bulan Ramadan dan Syawal yang lalu...pada  7 hari ramadan aku diuji dengan anak yang sulung (anas) dimasukan ke Hospital Pakar Puteri kerana jangkitan kuman di otak , 7 hari Syawal diuji pula anak bungsuku ( ai-sya ) dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB kerana menghidap demam panas n lelah, anak keduaku (anis) terkena chiken pox....belum lagi aku dan suamiku , petang tak sampai 2 jam ai-sya keluar hospital si ayah terkena kaca di tapak tangan dan merasalah 13 jahitan.....ngeri sungguh...aku seminggu sebelum raya terkena chiken pox...( dah tua baru kena ). Alhamdullillah semuanya selamat, sesungguhnya tiada apa yang boleh membuatkan hati si ibu dan ayah ceria dan bahagia selain melihat anak2 membesar dengan sihat.


Untuk tatapan foto anak-anak di hospital.....


Malam pertama di hospital....meragam nak balik........



Anis yang gedik....suka menyakat abangnya yang tengah sakit....


Sakit-sakit pun tetap berfikir macam mana cara nak pasang .....


Menghilangkan kebosanan ......."ibu bila kita nak balik......."


Anas suka sangat dengan wad kat sini...macam hotel katanya........



Tangan yang membengkak akibat hari-hari disuntik antibiotik....


Keluar jer hospital, bawak Anas gi kerusi urut..bagi lega sikit badannya yang kena cucuk hari2 kat hospital....Ucapan yang tak terhingga buat Dr.Tham ( Pakar Pediatrik ) dan Dr.Hasnahbi (Pakar Saraf) yang begitu tinggi komitmen merawat Anas sehingga sembuh..tak lupa juga buat warga Hospital Pakar Puteri yang begitu mesra melayan kami......Terima kasih.



Ai-Sya... demam di HSA, JB..cian anak ibu.......belum sempat tido umah balik jer dari bercuti kat kampung pukul 4.00 pagi ke wad kecemasan HSA. Terima kasih kepada doktor dan warga HSA

 
Kesan C.H.I.K.E.N. P.O.X......tapi Anis tetap manis dihati ibu...


I LOVE U ALL .....
kamu semua adalah nyawa ibu dan ayah.............



Tiada ulasan:

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."