Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Selasa, 31 Julai 2012

6 Bulan sudah



Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan sempurna kami di minggu 25-28.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Selasa, 3 Julai 2012

Sakit Ke Bersalin?



" Allah maha penyayang, jangan takut untuk bersalin, jangan takut untuk memiliki zuriat kerana anak adalah amanah Allah, harta dunia akhirat. Awin dah selongkar entri lama saya detik bersalinkan maisarah dulu. Kerut dahi? hihihi...mana ada sakit yang lebih sakit dari bersalin? cuba cerita sakit apa...sebab badan manusia hanya mampu menahan sakit 45 Del tetapi sakit bersalin adalah 57 Del bersamaan 20 batang tulang dipatahkan serentak. Boleh bayangkan 20 tulang patah serentak? "
 
***
 
ayat di atas aku copy daripada blog lydiamiza tetiba terasa syahdu dan menyentuh jiwa pulak bila membacanya maklumlah aku sekarang pun sedang berbadan dua....dan bila sampai masa akan melahirkan pula......walaupun bukan pertama kali merasa pengalaman bersalin tapi perasaan takut tetap ada......tiga kali melalui proses bersalin setiap kali ada kenangan dan pengalaman yang tersendiri dan berbeza...daripada anak pertama hingga ketiga pengalaman dan kesakitan berlainan.....anak pertama forcep, kedua normal dan ketiga vakum......semua ku dah rasa...dan mohon yang keempat ini Allah lebih permudahkan .....
 
Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mampu menanggung kesakitan itu demi untuk zuriatnya bersama insan yang dikasihi....naluri seorang ibu pasti mampu memberi kekuatan rohani dan jasmani tatkala emosi tersimpul rapi  demi melahirkan anak yang dikasihi dan perasaan untuk mendakap bayinya pasti mampu memberi kekuatan yang luarbiasa walaupun kesakitan yang dialaminya menyamai 20 tulang patah serentak...dan pastinya sang suami adalah semangat seorang ibu itu melalui proses kelahiran yang amat menyakitkan......itu adalah sebahagian daripada pengorbanan seorang ibu dan isteri yang tidak semua wanita mampu lakukan.............oleh itu wahai suami dan anak2 hargailah isteri dan ibu anda.......
 
 
p/s : memang betul apabila kita mengalami kesakitan bersalin kita akan lebih menghargai ibu yang melahirkan kita....sebab setiap kali bersalin mesti aku ingat kat mak......tq mak....

20 Minggu sudah...

Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Maklumat yang diperlukan, pada saat anda memerlukannya

Kenapa tak dapatkan surat berita percuma kami? Daftarlah di sini.


Hamil 19 minggu
Hamil 21 minggu

Sumber : https://mail.google.com/mail/?tab=wm#inbox/1384a48509dc9bef

p/s : Dah terasa macam ada bebelon kecil meletup2 kat dalam perut ibu nie...hihihi...baby main belon yer.....

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."