Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Selasa, 13 September 2011

Makanan Untuk Tambah Berat Badan Kanak-Kanak

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.
Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanakkanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.
Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.
Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
  • • Menjejaskan kecerdasan otak
  • • Mengganggu pertumbuhan fizikal
  • • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
  • • Mudah dijangkiti penyakit
Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
  • • Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
  • • Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
  • • Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
  • • Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.
Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:
Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
  • • Terlalu banyak bermain
  • • Tiada kawan
  • • Masalah kesihatan
  • • Masalah gigi rosak
  • • Jenis makanan dan cara masakan yang sama.
Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
  • • Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
  • • Makan bersama-sama rakan sebaya.
  • • Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
  • • Elakkan dari memarahi anak semasa makan.
Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.

Oleh: Puan Nor Azah Ahmad
Penolong Pengarah Kanan(Pemakanan)
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan

1 ulasan:

AziE berkata...

Memang kena pantau pemakanan mereka

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."