Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Isnin, 20 Disember 2010

Rahsia Pemakanan Para Ilmuan

Petikan daripada : Kapt (Ust) Hapidi bin Hussin



Berbicara kita pada hari ini tentang perihal pemakanan yang baik untuk kesihatan badan. Baik jasmani sihat rohani. itulah yang kita berkehendak dalam kehidupan seharian kerana kelangsungan hidup kita bergantung kepada lahiriyah juga kepada ruhiyah. Untuk mendapatkan ibadat yang mantap maka sudah pasti diperlukan elemen-elemen yang menyokong kepada kekuatan diri dan kecergasan minda untuk menggerakkan seluruh apa yang kita miliki hanya kepadaNya Azza wa Jalla.

Beberapa jenis makanan/minuman yang boleh diamalkan untuk kebaikan diri serta keluarga ialah:

Hunny Madu
1. Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

Golden Raisins
 2. Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.


Susu segar
3. Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

Telur
4. Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

ginger spice
5. Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

Pomegranate AKA Buah Delima
6. Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Siapa yang amalkan akan mendapati kesannya amat baik sekali. Justeru, di samping kita dikelilingi oleh pelbagai jenis makanan janganlah pula kita alpa tentang pemakanan yang sihat demi mendapat faedah yang mungkin belum dirasai sebelum ini Susur galurnya ilmuan silam telah lakarkan dan buktikannya cuma terletak di bahu kita di mana kita sekarang!

Daripada Pena
Kapt (Ust) Hapidi bin Hussin
Peg. Agama KDSG

Marilah sama2 kita berkongsi....

Tiada ulasan:

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."