Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Isnin, 15 Ogos 2011

Panggilan Penipu (Mesti Baca )

Ingin berkongsi mengenai satu artikel di blog pakarhowto mengenai panggilan palsu @ panggilan daripada penipu yang ingin menipu untuk mendapatkan wang cara mudah....untuk selanjutnya bacalah kisah di bawah;


Assalamualaikum & salam sejahtera…

Perhatian kepada rakan-rakan, baru sebentar tadi saya dihubungi oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai STEVEN CHONG dari AEON Credit Service Center KL no telefon 03-20267949.
Lelaki ini menyatakan bahawa saya mempunyai tunggakan kad kredit AEON MASTER GOLD CARD bernombor 5460 7500 4870 1840 sebanyak RM9760.00yang melakukan transaksi di Sentosa Casion S’pore pada 22/6/2011.


Saya mengatakan bahawa saya tidak mempunyai kad kredit seperti yang dinyatakan & menyatakan mungkin maklumat saya sudah dicuri. Dia meminta saya menghubungi Bank Negara Unit Pengurusan Kad Palsu di no talian 03-27727300.
Saya menghubungi no tersebut dan disambut oleh seorang lelaki berbangsa Cina juga. Dia meminta nama penuh, no kad pengenalan dan no ctc saya. Saya TIDAK memberikan maklumat tersebut kerana mengesyaki ada unsur penipuan.

Saya memutuskan panggilan dan membuat semakan di laman web Bank Negara di ;
dan saya menemui artikel/ surat siaran seperti dilampirkan di bawah.
Saya menghubungi talian 1-300-88-5465 dan bercakap dengan seorang kakitangan Bank Negara. Beliau memberitahu saya bahawa panggilan tersebut adalah panggilan FRAUD (PALSU). Saya bertanyakan kepada beliau bahawa perlukah saya membuat report polis.
Beliau berkata jika saya sudah memberikan maklumat atau melakukan transaksi bolehlah membuat repot polis. Sekiranya belum berlaku, beliau menyuruh saya mengabaikan panggilan tersebut dan meminta saya memaklumkan kepada semua orang yang saya kenali mengenai perkara ini.
Menurut beliau lagi sebelum saya telefon, ada seorang yang melalui perkara yang sama dengan saya sudah membuat transaksi sebanyak RM100,000.00. Syukur alhamdulillah Allah SWT melindungi saya. Saya juga mendoakan anda juga akan dilindungi dari sebarang anasir & perkara2 yang tidak baik. InsyaAllah.
Saya menyeru anda semua agar memanjangkan artikel ini agar kita tidak sewenang-wenangnya ditipu oleh petualang ini.

BERHATI-HATILAH. Penyangak ini tidak pernah memilih siapa mangsanya………


PERINGATAN DARIPADA BANK NEGARA
Embargo: Untuk Siaran Segera
Berhati-hati dengan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit
Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.
Hakikatnya ialah:
  • Tiada jabatan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 03-2772-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
Orang ramai yang mempunyai akaun bank adalah dinasihati supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga. Pihak bank TIDAK PERNAHmeminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon.
Berdasarkan aduan terkini yang diterima oleh Bank Negara Malaysia, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon oleh penipu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.
Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi terkini kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:
1. Mangsa menerima panggilan telefon dari sebuah ‘bank perdagangan’ meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan dari luar negeri sebagai contoh, dari Shanghai yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
2. Apabila mangsa memberitahu penipu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, penipu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia. Penipu itu akan memberikan nombor telefon “Unit Kad Kredit Palsu” kepada mangsa.
3. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa. Penipu itu kemudiannya, akan mengarahkan mangsa supaya memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan untuk memastikan wang mangsa dilindungi.
4. Dalam kes lain, penipu akan meminta maklumat perbankan dan akaun kad kredit mangsa untuk membuat pindahan dana secara haram.

Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai boleh melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi atau melawat:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515

Untuk menghantar pertanyaan melalui perkhidmatan SMS, sila taip:
BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888*
(*Penghantar akan dikenakan caj oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebanyak RM01.5 bagi setiap mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej)

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
Atau Cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia Cawangan Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching

ABMConnect (Talian Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia)
Tel: 1-300-88-9980



Bank Negara Malaysia
22 April 2010

Tiada ulasan:

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."