Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Jumaat, 28 Januari 2011

Sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita!

Artikel kali ini khusus ditujukan kepada para suami. Saya faham betapa mencabarkan menjalankan peranan sebagai seorang suami kan?
Sabor jer lah yer sahabat-sahabat semua. ;)

Sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita!

Seorang laki telefon bini;
“Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?”
Bini jawab,
“Takmau bang, bini awak tengah diet…”
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa…
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk… Dia lari tido bilik sebelah….
Bila laki respond balik,
“Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii….”
Bini jawab,
“Memangla orang kata takmau apa-apa… Tapi belikan jerla apa-apa….Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….”
Eh, eh bini aku ni… Yang mana satu nih?, bisik hati sang laki.

Habis 1 bab.
—————————————————————–

Masuk bab 2.
Laki talipon bini,
“Petang ni awak nak masak apa Yang?”
Bini jawab,
“Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah. Senang…”
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben.
Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit.
“Jom makan!!”, jemput si bini.
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja. Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!
“Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?”, rungut sang laki.

Habis 2 bab.
—————————————————————-
Masuk bab 3.

Bini berkata,
“Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih.”
Si laki punyala seronok weeiii. Dan-dan tu bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta.
“Bila dah siap, kuar bilik. Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa. Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?”
“##@#@#$@$%#%^&^%*%&*”, sang laki merana seorang diri.

Habis 3 bab.
—————————————————————-
Masuk bab 4.

Bini berkata,
“Bang,hujung minggu ni balik kampung nak?”
“Alaa, abang keja lah yang….”, jawab si laki.
“Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang. Pastu abang balik la KL balik.”, balas sang bini.
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq. Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.
“Abang bila nak balik ambik kitorang bang?”
Sang laki,
“&%&$%^$%&%^*^#”, merana lagi.

Habis 4 bab.
—————————————————————-
Masuk bab 5.

Bini berkata,
“Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker? Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…”
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain.
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir plak..
“Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?”
Sang laki,
“#@%%#$%#%^$^*&%(*^(^*()”, terkena lagi.

Habis 5 bab.

—————————————————————
Masuk bab 6.

Isteri berkata,
“Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….”
“Nak bagi pakai baju mana ni Yang…?”, sang laki bertanya.
“Alah abangni… kan baju anak ada 8 bakul tu…pakaikan jerlah baju mana-mana pon… bukan ada org nk tengok ponnn…”
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….
“Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? Lalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…”
“%%^*(&^%&^#$@!%$@&$^%%”, sang laki hanya terkedu membisu.

Habis 6 bab.
———————————————————-
Aduhai, sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita? Kesian jadi sang laki. Otak lurus sangat. Tu la pasalnya.
Sekian, bab TAMAT.

Sumber : Artikel dihantar melalui email oleh Saudara Faizal

Tiada ulasan:

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."