Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Khamis, 13 Januari 2011

Tips Untuk Bersihkan Hati

Marilah kita  menghayati 3 tips untuk bersihkan hati seperti di bawah ini.
ubat-hati
Baca, faham, amal dan sebar-sebarkanlah.

Tips mudah untuk jadikan hati sentiasa bersih dan tetap hidup

1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.


3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor.

Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Maka, bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan bahawa kita ni adalah mukmin sejati!
ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 ;

sp32-20101005-104156

Maka di sini PakarHowTo ingin menyeru kepada semua pembaca untuk kita sama-sama memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah.
Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Tiada ulasan:

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."