Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Rabu, 30 Mac 2011

Ya & Jangan.......

Bentuk tubuh yang ramping dan proposional sering menjadi contoh di dalam berpakaian. Selain dilihat cantik, tubuh sedemikian mudah menggayakan apa jua fesyen.

Tetapi bagaimana untuk wanita yang berpinggul lebar dan mempunyai lemak di perut? Cuba semak tips 'ya' dan 'jangan' di dalam berpakaian.



'YA"
-Gayakan seluar yang tidak memiliki details pada bahagian perut dan pinggul (flat front pants). Seluar gaya ini akan melangsingkan bahagian pinggul dan perut.

-Skirt panjang yang tidak begitu ketat dengan belahan di tepi atau skirt bahagian tulang pinggul dan panjang sehingga ke lutut dapat menyembunyikan bentuk pinggul anda yang lebar.

-Untuk jaket dan blaus, potongan lurus tanpa kolar dan panjangnya menutupi pinggul. Biarkan kancing atau zipnya terbuka.

-Jika anda menyukai bahan bercorak, pilih corak yang kecil-kecil misalnya kotak kecil atau motif bunga yang kecil dan rapat. Untuk motof garis, pilih vertikal (menegak) untuk kesan ramping.

-Warna gelap seperti hitam dan biru gelap dalam nada monokramatik akan membantu memberi efek ramping.

'JANGAN'
-Hindari memakai seluar dari bahan elastik serta seluar yang mempunyai poket kerana ia akan menjadikan pinggul dan perut nampak lebih besar.

-Jangan masukkan baju (tuck in) kerana ia akan menjadikan pinggul anda kelihatan lebih besar. Manakala, wanita yang mempunyai perut buncit jangan memakai baju yang ketat tanpa memasukkan baju tersebut (tuck in).

-Ucapkan selamat tinggal kepada skirt yang ketat dangan potongan lurus atau memberi penekanan kepada pinggul dan perut.

-Hindari motif besar dan horizontal (melintang).

-Jangan berhenti bersenam dan jaga pemakanan untuk mendapat tubuh yang lebih cantik dan sihat.

(petikan dari majalah mingguan wanita jun'02)

Tiada ulasan:

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."