Banner

Jangan tengok aje....tolong ler klik.....tq

i follow

Khamis, 2 Jun 2011

APAM GULA HANGUS

Semalam tetiba angin kerajinan aku datang bagai ribut taufan...hahhaha....tu yang terajin nak mencuba resepi APAM GULA HANGUS. Dah lama sebenonya nak mencuba tapi biasalah kan angin kemalasan aku biasanya yang selalu datang...so mood nak membuat kuih nie terkadang-kadang jer datang..............aku tengok kat dapur aku semua bahan ada....apalagi mulakanlah projek yer tak.......

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir ( saya guna gula merah )
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan ( sebab aku guna gula merah so aku masukkan jer gula merah tu terus )
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
SUMBER : MY RESEPI


Dah siap semuanya mulakan pengukusan


Comel jer periuk pengukus aku nie....hehehhe......


Selepas 45 minit berlalu........





Inilah hasilnya..........cuma aku terlupa nak amik gambo selepas dibelah...............

Selepas nie biasalah proses pembersihan dapur lakss....hehehheeheh.....
tengoklah dapur aku nie bersepah macam orang buat bisnes apam ........heheheheh.............


Apalagi kawan2 cubalah....senang jer......
Cuma mungkin aku buat terkurang gula ( sebab guna gula merah ) lembut memang lembut tapi apam aku macam pahit sikit.........NAk CUBA  LAGI  LA........


2 ulasan:

Unknown berkata...

wahhhh...dah lama x buat apam gula hangus ni kak....nampak sedap tu!!

Unknown berkata...

memang sedap lia...lembut dan gebu jerkkk....tapi kenapa yang akak buat nie macam pahit jer....akak kalau buat kek coklat pun sama ..pahit..sampai anis kata ..Ibu jangan buat kaler coklat nanti pahit.....akak memang x mahirlah.....lia boleh bagi tips tak....lia kan teror bab2 nie...hehheh...

Tabungan

heart

MY FAMILY

Dunia Blog Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."